The PhD journey has ended... : (

Tuesday, October 27, 2009

Research Assistants

Kerja-kerja yang mereka lakukan adalah percuma.

Malah berebut-rebut pula. Dari proses awal seperti menampal label, setem, mengira dan menyusun dokumen soalselidik saya di rumah kami di Segamat, hinggalah ke proses akhir di pejabat Institute of Internal Auditors Malaysia, Taman Maluri, Cheras - semuanya dilakukan secara sukarela.

Di bawah, aktiviti menampal setem dilakukan di rumah selepas bersahur.

Proses akhir - menampal alamat ahli-ahli IIAM di pejabat IIAM. Ianya harus dilaksanakan di pejabat ini kerana senarai ahli yang disertakan adalah sulit. Selesai proses tersebut, pihak IIAM sendiri yang akan menyerahkan kesemuanya ke pejabat pos.
Sehinggakan ayah pun turut turun padang!


Bersama Technical Director, IIAM - Puan Nur Hayati Baharuddin. Gambar diambil setelah selesai proses akhir sambil berkata dalam hati, "berapalah response rate yang aku akan dapat ni..."


Akhir kata, terima kasih kepada Pn Nur Hayati dan Cik Siti Noraida kerana memberikan kerjasama yang tak terhingga.

Penghargaan juga buat warga IIAM yang lain seperti Pn Fatimah Abu Bakar, Mantan Presiden IIAM, Pn Zaimah, Pegawai Operasi serta Tengku Idreena kerana membuka jalan, memberikan saya kebenaran serta memudahkan pengajian saya ini.

Monday, September 14, 2009

Malaysia [II]

Sambungan.

3. BTN (6 - 10 Ogos 2009)

Nak dijadikan cerita, kursus yang pada awalnya dijadualkan pada 13 Ogos dipercepatkan tarikhnya seminggu lebih awal. Berita mengenainya hanya diketahui pada petang hari ketibaan melalui NG, seorang rakan di UiTM Shah Alam yang dihubungi oleh pihak JPBSM UiTM Shah Alam.
JPBSM pula memesan dengan menyuruh Imah hadir ke pejabat di Shah Alam bagi mengambil dokumen sebelum mendaftarkan diri ke Kem Ulu Seperi. Keputusan drastik harus dibuat. Nasib baik kami bermalam di Sepang dan tidak terus balik ke Melaka ketika hari ketibaan.

Keesokkan harinya (5 Ogos) kami sekeluarga bergerak ke UiTM Shah Alam dan singgah di Kompleks Shah Alam dan Giant Hypermarket Shah Alam bagi membeli barang keperluan Imah yang sepatutnya. Balik terus ke Melaka pada hari tersebut, dan keesokkan harinya (6 Ogos) Imah pun mendaftarkan diri di Kem Ulu Seperi.


Apa-apa pun syukur kini semuanya telah selesai. Selesai sahaja kursus ini, tinggal bab penyerahan borang di pejabat Unit Biasiswa di KPT, Putrajaya nanti.

4. Anak-anak (sepanjang ibunya berkursus)

5 hari merupakan tempoh yang lama terutama bagi si Kecik tu. Mana betah dia berpisah lama dengan ibunya, lebih-lebih lagi apabila ianya dibuat secara tiba-tiba. Nasib baik ada atuknya. Tinggallah kami yang ada ni di Melaka sambil merangka aktiviti untuk anak-anak di sini.

Masa ni, ketakutan terhadap H1N1 memang ketara. Kemana-mana yang kami pergi, orang ramai menggunakan face mask, termasuk kanak-kanak. Ini termasuk la ketika kami ke Zoo Melaka. Hampir kesemua pengunjung menggunakan face mask. Ini merupakan satu pemandangan yang aneh dan menakutkan buat kami. Kat Perth pun tak macam ini. Pada ketika itu, kadar kematian baru setakat belasan sahaja. Apa pun, rutin harian kami berubah sedikit dengan terpaksa mengusung kit H1N1 (face mask, anti-bacterial wipes dan hand sanitizer) ke mana sahaja.


Di ketika yang lain, sempat juga singgah ke kebun ayah yang jauh di Merlimau tu. Kagum jugak bila tengok keadaan kebun tu, bersih dan kemas. Semua pokok buah-buahan menjadi, kecuali durian. Anak gumbira 'membelasah' buah-buah eksotik Asia seperti cempedak dan rambutan.


Friday, September 11, 2009

Malaysia

Kini, telah hampir 6 minggu kami di sini. Berbagai perkara yang harus dilakukan oleh kami berdua sepanjang berada di Malaysia. Namun, yang paling utama ialah untuk menikmati saat-saat ini, kerana besar kemungkinan ini merupakan kali yang terakhir untuk kami pulang ke Malaysia sehinggalah tamat pembelajaran kami berdua di Perth di penghujung tahun 2011 nanti.

1. Kepulangan (Selasa, 4 Ogos 2009)

Penerbangan pulang dijadualkan pada jam 6.50 pagi waktu tempatan. Keluar rumah di Kinross seawal jam 4.00 pagi bersama dengan sebuah kereta lagi yang dipandu oleh rakan.

Sengaja pilih penerbangan semasa hari bekerja, kerana kebiasaannya bilangan penumpang tidaklah begitu ramai. Dengan adanya banyak tempat duduk yang kosong, ini merupakan satu kenikmatan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil seperti kami ini.

Kedudukan dalam kapal terbang pada awalnya seperti gambar diatas. Namun bahana H1N1 ini memaksa kami mengambil langkah berjaga-jaga. Anti-bacterial wipes dan hand sanitizer kami gunakan di dalam kapalterbang. Tempat duduk dan tray folder semuanya kami lap dengan wipes terlebih dahulu. Gambar diatas menunjukkan Imah memegang paket anti-bacterial wipes selepas selesai proses sanitasi tempat duduk kami.

Gambar bawah pula setelah beberapa jam penerbangan. Along baring (selimut merah) di kerusi di depan Angah. Biasalah dia ni, asal jalan jauh aje mabuk. Dah dekat-dekat sampai muntah pulak. Sebelum tu, dia pening-pening dan loya. Akibatnya, kat LCCT, dia tak lepas penyaringan kerana disyaki demam. Namun setelah dibuat pemeriksaan lanjut, doktor lepaskan. Lega!



Gambar di bawah bersama atuk kesayangan sejurus keluar dari dewan ketibaan.



2. Riadah

Sampai aje kami terus check-in di Hotel DePalma Sepang yang merupakan hotel kegemaran anak-anak. Sebab utamanya, bilik Family Room berhadapan dengan kolam mandi. Kesempatan ini diambil, memandangkan bulan puasa bakal menjelma dan Imah pula akan memulakan kursus BTNnya di Kem Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 6 Ogos (dua hari selepas ketibaan kami).

Wednesday, July 22, 2009

Imah's PhD proposal presentation session

Venue: ECU Library
Time: 9.30 a.m.
Date: 22 July 2009

The crowd that attended the session


From another angle

After the session, brief discussion with Prof Smith. Next to him is Dr Greg McGuire, our Research Consultant.

First task completed, many more to come.

Friday, July 10, 2009

1 Tahun

10.7.2008 - 10.7.2009

Hari ini,

Genap sudah setahun kami disini,

1/3 perjalanan kehidupan telah dilalui,

Alhamdulillah, segala laluan dan rintangan dapat diharungi,

Doakan semoga 2/3 lagi dipermudahkan Illahi.


Monday, July 6, 2009

3 dalam 1

Kepulangan ke Malaysia baru-baru ini (14-19 Jun, 2009) merupakan sebahagian dari jadual pengajian PhD saya.

Tujuan utamanya adalah untuk menjalankan kajian awal (pilot study) bagi menguji content validity soalan-soalan bagi kertas soalselidik saya. Namun memandangkan terdapat 2 program akademik yang turut dianjurkan oleh UiTM Malaysia pada bulan yang sama, sudah tentu kepulangan ini akan dimanfaat dengan sebaik-baiknya dengan turut serta di dalam acara tersebut.

1. Doctoral Colloquium - 15 Jun, 2009
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan Fakulti Perakaunan, UiTM Malaysia.



Terdapat 4 sesi serentak (concurrent sessions) yang dijalankan dan dibahagikan mengikut 4 tema yang berbeza. Bagi setiap sesi, 2 panel luar telah dilantik bagi memberikan pendapat serta komen di atas kertas kajian yang dibentangkan.

Ada yang membentangkan kertas cadangan penyelidikan mereka serta ada juga yang berkongsikan cadangan metodologi bagi kajian yang sedang mereka jalankan. Saya hanya membentangkan satu daripada beberapa pembolehubah kajian (variable of study) saya. Panel bagi sesi saya merupakan seorang Profesor perakaunan dari USM manakala panel kedua pula, merupakan seorang pakar kajian forensik perakaunan dari University of Teesside, UK.

Respons yang diberikan amat baik sekali dengan setiap pembentang turut disertakan sekali dengan komen-komen bertulis. Ini sudah tentu dapat menambahbaik kajian yang sedang dijalankan memandangkan saya mendapat input berharga dari dua perspektif yang berbeza.

2. The International Asia-Pacific Conference on Forensic Accounting and Financial Criminology - 16 dan 17 Jun 2009

Saya hadir di Menara KL hanya sebagai peserta bagi acara yang merupakan sebahagian dari sesi Doctoral Colloquium pada hari sebelumnya.

Terdapat input-input berguna yang dapat dimanfaatkan di dalam kajian saya nanti. Acara ini turut dihadiri oleh mereka di kalangan badan-badan profesional, PDRM, Lembaga Percukaian, Suruhanjaya Sekuriti dll.
Tetapi, yang paling menggembirakan adalah apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan yang turut menyambung pengajian PhD seperti Halim Kadri, Sufiawati, Saunah, Yuseri, Nik Zam, Aida, Azlina dan Izwan (UNITEN), rakan-rakan pengajian semasa di UniSA, South Australia dahulu serta staf-staf Fakulti Perakaunan UiTM Malaysia, UiTM Johor serta dari kampus-kampus cawangan yang lain.



Namun, pengalaman yang paling menarik sekali ialah dapat menjamu selera di restoran berputar di Menara KL tersebut untuk makan tengahari. Sungguh-sungguh menyelerakan dengan hidangan timur, barat serta dessert yang aduhhhhhh melecurkan air liur. Mentang-mentang lah saya ni yang dah setahun di perantauan. Pakej makan bagi seorang dewasa ialah RM70++ manakala kanak-kanak pula RM40++.
Bila kala dapat makan sedap kalau tak ke konferen sebegini....


3. Kajian awal (Pilot study) - 16 & 18 Jun 2009

Alhamdulillah, objektif utama saya di Malaysia tercapai sudah.

Saya menghadiri sesi latihan ahli-ahli sebuah badan profesional yang mana ahlinya bakal menjadi responden kajian saya kelak. Sesi tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di segitiga emas KL. Saya diperkenalkan oleh Pengarah Teknikal badan tersebut yang turut mengiringi saya malah turut sama menghantar saya ke hotel tersebut dengan menaiki kereta beliau (lari sekejap meninggalkan sesi di Menara KL untuk ke hotel tersebut).

Kertas-kertas soalselidik kajian awal diedar kepada mereka dan saya kembali untuk mengambilnya semula pada hari terakhir sesi tersebut (18 Jun 2009). Ini merupakan saranan dari Pengarah Teknikal itu sendiri, memandangkan sesi latihan bagi ahli-ahli badan profesional itu amat padat, ditambah lagi saya tidak mahu memaksa mereka untuk mengisi soalselidik itu dengan serta merta, ditakuti terdapat masalah self-response bias pula.

Respons yang diterima di kalangan ahli-ahli tersebut amat baik sekali. Syukur, ini bermakna soalselidik itu dapat digunakan untuk sesi pengambilan data sebenar nanti.
Secara peribadi, saya amat bersyukur kerana di pertemuan empat mata dengan Pengarah Teknikal itu membawa rahmat tersendiri. Pertamanya, beliau juga merupakan seorang pelajar PhD yang belajar secara separuh masa di Fakulti Perakaunan, UiTM Malaysia. Secara peribadi, beliau mengetahui serta lebih memahami permasalahan yang dihadapi oleh seorang pelajar PhD lebih-lebih lagi ketika proses pengumpulan data.

Beliau turut memberitahu saya yang badan tersebut sedia membantu dengan menyerahkan soalan-soalan soalselidik saya secara terus kepada ahli-ahli mereka. Saya cuma harus memastikan bahawa dokumen-dokumen (soalselidik, surat, sampul surat, dan setem) adalah lengkap sebelum proses serahan dibuat oleh pihak mereka. Ini sudah tentu satu berita yang amat menggembirakan kerana ini bakal memudahkan usaha saya kelak. Alhamdulillah.

Semoga usaha-usaha saya dan rakan seperjuangan yang lain turut dipermudahkan Allah hendaknya.

Friday, June 26, 2009

Graffiti

Masalah graffiti di WA ini amat ketara sekali.

Contengan mural yang tidak diingini ini jelas kelihatan di bangunan-bangunan awam, sekolah, perhentian bas serta di bangunan kedai. Kenderaan pengangkutan awam juga tidak terkecuali. Pandangan anda hampir terhalang dek kerana goresan yang dilakukan ke atas cermin tingkap bas atau keretapi yang sedang anda naiki. Pelaku ini menggunakan cecair cat penyembur tin ke atas bangunan atau secara goresan (mungkin menggunakan duit siling) sekiranya dilakukan ke atas cermin tingkap kenderaan pengangkutan awam.

Pihak berkuasa tempatan di WA mengambil berat akan permasalahan ini. WA secara keseluruhannya membelanjakan hampir AUD25 juta setahun manakala, City of Joondalup Council (PBT kawasan saya) pula terpaksa membelanjakan sehingga AUD330,000 setahun untuk membersihkan graffiti di kawasan majlis mereka. City of Joondalup Council ini juga adalah PBT yang pertama di WA yang menawarkan bayaran tunai sebanyak AUD500 bagi mereka yang membawa kepada pendakwaan pelaku yang bertanggungjawab.

Hukuman yang dikenakan kepada pelaku yang didapati bersalah ini dikira berat juga. Kesalahan graffiti di WA ini dikira sebagai kesalahan vandalism harta awam. Bagi kesalahan pertama, ianya membawa kepada hukuman selama 1 tahun penjara dan denda maksimum sehingga AUD12,000. Ada ura-ura di pihak Parti Liberal (parti baru sekarang) untuk menggubal undang-undang yang lebih berat lagi.

Namun, di sebalik itu masalah graffiti tetap dan terus berlaku.

Terbaru, ianya dilakukan oleh makhluk mat saleh ni di dinding luar tembok rumah yang saya diami ini. Ianya merupakan pertama kali kami hadapi sepanjang 11 bulan menyewa di sini. Grafitinya amat jelas kelihatan, namun tulisannya sukar untuk dibaca. Sememangnya tembok luar yang memisahkan rumah kami ini dengan jalan raya (ditambah pula ianya juga adalah bersebelahan dengan laluan pejalan kaki), merupakan lokasi yaang amat sesuai bagi pelaku graffiti ini.



Kejadian ini saya sedari pada hari Isnin (22 hb) yang lepas, ketika mengambil anak pulang dari sekolah. Saya terus membuat laporan kepada City of Joondalup Council secara online melalui laman web PBT tersebut. Selesai membuat laporan secara online, saya hubungi Polis melalui nombor yang diberikan di laman web tadi. Akhirnya, pada hari ini saya dapati (tanpa saya sedari pun) graffiti tersebut telah dicuci oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh PBT.

Dinding tembok kini kembali seperti sediakala, dan kembali menggoda pelaku-pelaku graffiti untuk menunjukkan bakat mereka.

Namun, tiada apa yang perlu saya risaukan kerana saya pasti masalah itu akan diatasi oleh mereka yang dipertanggungjawabkan.

Friday, June 5, 2009

Dean of Faculty of Accountancy, UiTM visit to ECU, WA

Date: June 5, 2009 (Friday)
Time: 3 - 5 pm
Venue: Building 2, ECU Joondalup


An informal meeting session was held between Prof Ibrahim Kamal, Dean of Faculty of Accountancy, UiTM Malaysia and key staff from ECU's School of Accounting, Finance and Economics. The session was organised by UiTM's Faculty of Accountacy staff that are currenly enrolled in ECU's PhD program in its Joondalup campus.

The ECU staff that were present were, Dr Clive Reynoldson (Head of School), Prof Malcolm Smith (Professor of Accounting), Dr Hadrian G. Djajadikerta (Faculty International Representative) and Dr Zubaidah Ismail (Senior Lecturer). Prof Malcolm, Dr Hadrian and Dr Zubaidah are also supervising/co-supervising these PhD students from UiTM.


The purpose of meeting was to discuss possible future collaboration proposals between these two universities. Prof Ibrahim began by explaining UiTM's vision and mission of achieving a Research University (RU) status. He took the opportunity to introduce ARI, our Faculty's own research insititute, which have been approved as MOHE's Centre of Excellence. He added that UiTM is basically on the right track in achieving a RU status and elaborated on MOHE's requirement to ensure that each university, particularly UiTM, has 60% of its academician having PhD qualifications.

Among the future collaboration proposals suggested by Prof Ibrahim were, PhD twinning program between UiTM and ECU, Undergraduate student exchange, appointment of Visiting Professor and appointment as Editorial Board members for our Faculty's publications, i.e. Malaysian Accounting Review, Journal of Financial Reporting and Accounting and Asia-Pacific Management Accounting Journal.

Dr Clive expressed his views that Malaysian Government was generous when awarding scholarship to academicians pursuing their post-graduate studies overseas. He was astonished upon knowing about various benefits that these public servants are getting of which are not a practice in other countries and Australia particularly.

In replying to Prof Ibrahim suggestions, Dr Clive and other ECU staff have expressed their interests to pursue onto this possible collaboration and believed that it would definitely bring greater benefits to ECU. The next step is to convey this intention to ECU's International Office and to make the necessary arrangement to materialise this matter.

We, the current PhD students are indeed hopeful that the collaboration will become a reality. It will certainly bring greater benefits to UiTM, future Malaysian students and to our beloved Faculty of Accountancy.


Last but not least, I would like to thank to those colleagues (in no particular order) for co-arranging this event: Halil, Rani, Zainun, Sharifah and Rahimah. Thank you very much for your cooperation and endless support.

"UiTM di hatiku..."

Friday, May 8, 2009

Bahan bacaan di waktu sengang

Di WA, banyak bahan-bahan bacaan percuma yang boleh didapati, malah ianya dihantar terus ke peti surat rumah oleh para pengedar. InsyaAllah, anda ataupun pasangan anda tidaklah akan kesunyian atau bosan sepanjang tinggal di sini.

Bahan bacaan seperti akhbar-akhbar komuniti mudah didapati dan merupakan antara bahan bacaan percuma setiap minggu. Akhbar seperti North Coast Times (setiap Selasa) dan Weekender (setiap Jumaat) sudah mencukupi untuk kita mengetahui hal berita tempatan (WA) dan luar negeri (interstate). Ianya juga lengkap dengan rancangan tv untuk seminggu, iklan pekerjaan dan berita atau notis dari pihak berkuasa tempatan melalui laman City of Joondalup dan City of Wanneroo.

Semakin lama kita membacanya, semakin kita mengetahui perihal dan permasalahan sosial yang dihadapi oleh rakyat tempatan. Masalah sosial seperti grafiti, pecah rumah, arak dan dadah, rempit (hoon - mat rempit dipanggil hooners) adalah antara masalah utama. Isu global seperti masalah kemeleseten ekonomi, virus 'swine flu' serta politik juga ada diketengahkan.



Terdapat juga akhbar Real Estate WA sesuai bagi rakyat tempatan yang ingin mencari serta memiliki hartanah di WA ini. Ianya menyenaraikan pelbagai jenis rumah yang ingin dijual oleh para ejen di setiap suburb di WA. Terdapat laman 'Trade Business' bagi memudahkan kita mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti lanskap, kolam renang, paip, air panas, gas, pendawaian, tukang kayu, dsbnya, sekiranya memerlukan.

Bagi Muslim pula, akhbar bulanan Crescent Times boleh didapati secara percuma di setiap masjid di WA. Maklumat seperti waktu sembahyang bulanan, kedai makanan halal, serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh umat Islam boleh diketahui. Isu-isu temapatan serta aktiviti yang melibatkan para Muslim disekitar WA ini ada diketengahkan.



Katalog juga tidak terkecuali. Setiap minggu pelbagai katalog perniagaan memenuhi ruang peti surat kami. Katalog seperti Good Guys, Retravision, Harvey Norman, Big W, K-Mart adalah antara yang kami tunggu-tunggu. Ada sahaja barangan menarik yang dijual dengan harga amat berpatutan terutama jika jualan murah sempena musim perayaan. Ini tidak bermakna kami sekeluarga berbelanja sakan sepanjang masa!! Kami lebih banyak memantau produk serta harga sambil menunggu waktu yang amat sesuai (belanja sakan bila nak balik 'for good' nanti). PS3 serta correle dan pryrex sudah pasti...



Tapi, sebagai peminat dua roda, untuk mengetahui maklumat jentera motor ni terpaksalah beli!
Majalah Two Wheels adalah majalah utama saya di sini. Di Malaysia, harga nya amatlah mahal, hampir RM30 harganya. Di sini, harganya cuma AUD8.95.
Kalau di Malaysia, Roda-Roda adalah pilihan utama. Harganya cuma RM4.50 sahaja. Two Wheels merupakan terbitan Australia yang mengendalikan pandu uji serta ruang iklan bagi pelbagai aksesori motorsikal berkuasa tinggi.
Usahlah dibandingkan harga motor-motor di sini... menyakitkan hati aje. Tapi setelah mencongak-congak, macam "hmm...hmmm" ....

Apa-apapun, biarlah rahsia!!

Friday, April 24, 2009

Doctoral Colloquium 2009

InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang saya akan membentangkan kertas kerja di 2009 Doctoral Colloquium in Accounting & Governance di UiTM Malaysia pada 15 Jun akan datang.

Sesi kolokium ini merupakan sebahagian daripada acara International Asia-Pacific Conference On Accounting and Financial Criminology 2009 anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Malaysia bersama Association of Certified Fraud Examiner, Malaysia Chapter (ACFE), University of Teesside dan MAREF, yang akan diadakan di Menara KL bermula dari 16 - 17 Jun berikutnya.

Berita tentang kolkium serta konferen ini telah diketahui sejak dari bulan Disember 2008 lagi dan saya telah berkira-kira untuk menyertainya setelah selesai membuat pembentangan cadangan penyelidikan PhD tempohari. Tambahan pula, tema bagi kolokium dan konferen tersebut amat bertepatan dengan tajuk penyelidikan PhD yang saya jalankan. Oleh itu masa yang ditunggu untuk menerima komen-komen dari penilai-penilai luar diluangkan dengan membuat satu kajian literatur, yang mana sebahagian dari fakta-faktanya diambil dari cadangan penyelidikan PhD untuk disampaikan di kolokium tersebut.

Waktunya amat bertepatan sekali, kerana cadangan penyelidikan pula telah pun diluluskan pada 9 April lalu, yang mana saya telah dibenarkan oleh pihak Ethics Committee untuk menjalankan kerja-kerja pencarian data. Dengan itu peluang kini terbuka untuk saya memulakan pilot study setelah selesai acara tersebut diadakan.

Bermula dengan beberapa susulan email, temujanji telah dibuat dengan kakitangan terlibat dari satu badan profesional yang mana ahlinya akan menjadi sampel penyelidikan. Sebelum itu, sedari bulan November 2008 lagi presiden badan tersebut telah dihubungi terlebih dahulu sebagai pengenalan dan bagi menerangkan tujuan penyelidikan ini dibuat. Selain dari pilot study tersebut, perbincangan akan dibuat dengan badan tersebut bagi merencanakan kerja-kerja pencarian data sebenar yang disasarkan pada bulan Ogos kelak.

Syukur alhamdulillah, segala apa yang dirancangkan bakal direalisasikan tidak lama lagi.

Semoga semuanya dipermudahkan dan dirahmati Allah.

Thursday, April 9, 2009

Confirmation of Candidature

Syukur...

Email tentang berita ini diketahui lewat malam tadi. Berita ini memang sentiasa dinanti-nantikan semenjak permohonan untuk proses 'Confirmation of Candidature' ini dibuat secara online di laman web ECU pada 21 Mac yang lepas.

Proses ini sebenarnya bermula seawal bulan Disember tahun lepas (3.12.2008) ketika membentangkan kertas cadangan penyelidikan tempohari. Sejurus selepas hari pembentangan tersebut, pandangan dan komen-komen dari 2 penilai luar yang dilantik oleh penyelia utama sering ditunggu-tunggu. Sebelum ini, saya sendiri tidak menyangka akan membentangkan cadangan penyelidikan hanya setelah 5 bulan memulakan pengajian.

Gementar dan gembira. Pemikiran pada masa itu, lebih cepat lebih baik. Diambilkira pula yang penyelia utama akan memulakan cuti sabatikalnya tidak lama lagi di South Australia. Beliau sendiri yang menyarankan supaya saya cepat-cepat bersedia untuk membuat pembentangan. Saya fikir mungkin dalam masa satu atau dua bulan selepas pembaikan dibuat, cadangan penyelidikan saya akan diluluskan oleh pihak Ethics Commitee.

Namun jangkaan saya meleset!

Dek kerana terkesima dan teruja, tak terfikir pula pada masa itu, ECU akan menghadapi cuti hujung tahun yang panjang. Dua bulan lebih lamanya...

Komen dari Penilai pertama diterima satu bulan setelah hari pembentangan, manakala komen dari Penilai kedua pula dua bulan selepas itu!

Pembetulan demi pembetulan dibuat dan proses ini juga memakan masa kerana memerlukan pertimbangan dan kelulusan dari kedua-dua penyelia pula. Lebih mengharukan, di saat saya amat memerlukan, penyelia utama pula sedang bercuti sabatikal selama 6 bulan. Oleh itu hubungan adalah melalui emel sahaja beserta surat. Ya, surat kerana draf pebetulan yang telah saya buat akan dihantar kembali melalui pos oleh beliau. Tentu ianya juga memakan masa.

Ditambah lagi proses untuk kelulusan ini terbahagi kepada 2 bahagian yang memerlukan borang yang berbeza, dokumen-dokumen sokongan serta kelulusan dari ketua jabatan fakulti yang berkenaan.

Setelah permohonan diajukan, dua komen diterima pula dari penilai Ethics Committee yang perlu juga diperjelaskan.

Namun saya pasrah. Allah telah tentukan.

Bermulalah episod baru di dalam pengajian PhD ini, kerana ini bermaksud kerja-kerja pencarian data telah dibenarkan oleh pihak jawatankuasa tersebut. Kerja-kerja penulisan draf thesis juga harus disegerakan.

Semoga Allah permudahkan urusan pengajianku ini beserta teman-teman seperjuangan yang lain. Amin

Sunday, February 22, 2009

Perihal Cuaca Panas dan Kisah Panas

Musim Panas

Musim panas sudah menghampiri penghujungnya.

Namun sekali sekala, masih terasa panas hangat membara dalam sesuatu hari. Kalau semalam cuacanya nyaman sekitar 26-28 darjah, namun pada keesokannya ia boleh berubah sehingga 38 darjah. Maksimum yang pernah saya rasai ialah sehingga 40-42 darjah! Amat panas dengan langsung tidak terasa hembusan angin. Sehinggakan bila berada di dalam rumah pun boleh terasa bahang panas di luar menerebus ke dalam rumah. Namun alhamdulillah, Western Australia tidak mengalami kejadian bencana seperti mana di Victoria.

Semua pasti maklum perihal kejadian 'bushfire' yang berlaku di negeri Victoria pada 7 Feb lepas. Sehingga kini kebakaran tersebut telah meragut lebih dari 200 nyawa. Ianya dikatakan berlaku bepunca dari kesan kepanasan melampau dan juga dikatakan berpunca dari perbuatan manusia (arsonist). Hari tersebut lebih dikenali sebagai hari "Black Saturday" di kalangan rakyat Australia dan pagi tadi seluruh negara telah menyambut upacara mengenang mangsa-mangsa yang terkorban. Kevin Rudd dalam ucapannya mengesyorkan agar kejadian ini dikenang sampai bila-bila.

Kisah Panas

Syukur alhamdulillah, masalah telah selesai ... : )

Friday, January 9, 2009

6 Bulan

Genap sudah 6 bulan kami di sini (10.7.2008 - 9.1.2009).

Dar segi pembelajaran, saya bertanya pada diri sendiri, apakah pencapaian saya di sepanjang tempoh tersebut? Adakah saya berpuas hati?

Adakah ianya sama seperti yang telah dirancangkan? Apa pula yang harus saya capai pada tempoh enam bulan yang akan datang?

PhD...sememangnya memeningkan!

Thursday, January 8, 2009

The Maze

The Maze merupakan satu lagi tarikan di W.A. ini.

Kami beserta 5 keluarga Malaysia yang lain yang belajar samada di ECU, Curtin dan UWA, berkumpul untuk aktiviti wajib bulanan kami - bbq.
Ianya merupakan tempat riadah keluarga yang mempunyai tarikan seperti - Laman bbq, 3 mazes (Pine Maze, Timber Maze & Dodgy Old Maze), Mini golf, Disk golf, Garden chess serta kurungan koala, kanggaroo, emu dan burung cockatoo.

Peta The Maze

Angah - "menyusun" chess

Kaum bapa

Adik dan Koala nya

Along - mencari jalan keluar di Timber Maze

Monday, January 5, 2009

Perth Zoo

Sabtu lepas, kami sekeluarga melawat Perth Zoo, untuk kali kedua. Seperti di Malaysia, ianya juga menjadi tempat kegemaran untuk anak-anak kami.

Cuti sekolah musim panas di W.A. kini sedang berlangsung dari 19 Dis 2008 sehingga 1 Feb 2009. Jadi beberapa perancangan untuk aktiviti anak-anak harus dibuat. Takkan nak memerap di rumah sahaja.
Ini merupakan salah satu aktiviti keluarga di musim cuti sekolah ini. Sebelum ini beberapa tempat telah kami lawati. Ianya akan diceritakan pada posting yang akan datang.
Bezanya lawatan kali ini, bersempena dengan cuti sekolah, Perth Zoo bertemakan African Adventure. Ada la aktiviti sampingan seperti beberapa aktiviti kebudayaan dan aktiviti untuk kanak-kanak. Harga tiketnya AUD50 untuk mini group (2 adults and 2 children). Tutup mata ajelahh..