Umumnya ia adalah singkatan bagi Western Australia.
Namun, bagi masyarakat di sini mereka mengaitkannya sebagai bermaksud Wait Awhile. Ini kerana kebanyakan perkhidmatan yang diberikan di negara Australia ini tidak dapat dinikmati dengan serta-merta. Tiga contoh yang ketara saya kongsikan di sini.
Pertama:
Apabila tiba sahaja di sini, perkara pertama sekali yang harus dilakukan ialah membuka akaun bank. Selesai urusan di bank, anda perlu tunggu dalam masa lima hari untuk menunggu kad bank anda dan tambahan 3 hari lagi untuk mendapatkan nombor pin bagi kad anda pula.
Kad bank dan nombor pin tersebut akan diserahkan melalui surat ke alamat kediaman anda. Yang saya perhatikan, kebaikan dari sistem ini ialah terdapat pembahagian tugasan (segregation of duties) dari jabatan yang memberikan kelulusan, serahan kad bank serta serahan nombor pin bagi akaun bank. Jadi keselamatan maklumat perbankan anda boleh dikatakan terjamin.
Kedua:
Sekiranya anda ingin berjumpa doktor, anda harus membuat temujanji terlebih dahulu. Bak kata kalau demam pun boleh baik la kalau nak tunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya ada kes kecemasan, teruslah ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Kalau setakat demam, pun tak guna berjumpa doktor..mereka akan bagi panadol sahaja. Lebih baik beli di farmasi. Lebih murah dan menjimatkan daripada membayar kos konsultansi doktor. Pernah seorang rakan (HP) berlawak, "kat sini engkau kalau nak mati pun, kena wait awhile dulu.."
Ketiga:
Apabila tiba masanya untuk servis kenderaan, juga anda harus membuat temujanji terlebih dahulu. Nyatakan jenis kenderaan anda dan jenis servis yang anda inginkan.Di sini terdapat banyak pusat servis kenderaan yang berdaftar. Pusat ini bukan sahaja boleh memberikan perkhidmatan servis untuk pelbagai jenis kereta lama macam saya ni (anak saya kata: keta BUGHOKKK!! - dah biasa hidup mewah mcm tu laa...), malahan juga boleh memberikan perkhidmatan servis untuk kereta-kereta baru di samping memberi jaminan yang servis tersebut tidak akan menjejaskan waranti kereta baru tersebut. Pendek kata, kalau beli kereta Mercedes baru, nak jimat duit - hantarlah ke pusat servis tersebut daripada ke pusat servis Mercedes.
Pusat itu juga sedia memberikan waranti bagi pelbagi alatganti yang telah ditukarkan. Tapi, awas walaupun kos alat gantinya boleh la tahan, upah buruhnya TINGGI.. Ialah semuanya dilakukan oleh rakyat mereka sendiri, mana ada pekerja Indon ka Bangla ka..
Kebaikan di sini ialah mereka bukan sahaja hanya memberikan perkhidmatan servis, malahan turut membuat pemeriksaan ke atas kenderaan anda (100 point checklist). Selesai servis, pusat tersebut akan mengeluarkan lapuran keadaan kereta anda. Ini adalah untuk rujukan anda dan mereka juga sekiranya kita mendapatkan servis di tempat yang sama pada masa akan datang. Hos radiator lama dan perlu diganti, tayar perlu diimbang, suspension kereta lemah, skru berkarat dan sebagainya adalah antara lapuran untuk kereta saya.
Terpulang kepada kita samada ingin menukarkannya pada servis akan datang atau tidak. Senang aje perkiraan saya, asal boleh jalan...SUDAHHH..Tapi kalau berlaku kerosakan, kosnya adalah lagi besar. Dah la kereta ni tak ada beg udara, ABS, EBD, Traction control, bla...bla... Bak kata Nabil, "lu pikir sendiri laa..."
Kesimpulannya:
Lain padang, lain belalang. Bagi saya sendiri "Grass is not always greener on the other side". Maksudnya, tak payah lah kita nak bermegah dan berbangga dengan kehebatan negara maju seperti di Australia ni. Ekonomi kelas pertama, tapi perkhidmatan mungkin di kelas kedua. Perangai tak payah cerita laa.. Masa kecik aje kita tengok baik, bersopan, dah besau, jadi pemabuk, setan..(Tak percaya..mehla datang sini..)
Ehh kejap...japp... apa kena cerita di atas dengan perangai orang putih kat sini niii??? Sahih aku dah mabuk artikel dahhh!!!
Tuesday, December 30, 2008
Tuesday, December 23, 2008
Kereta
Kereta amat murah di sini.
Lupakan tentang kadar pertukaran wang, harga sebuah kereta baru (termasuk bayaran pengedar, insuran pihak ketiga dan duti stem) seperti Toyota Yaris hanyalah sekitar AUD18,000 sahaja (di Malaysia di kategorikan kereta import- RM110,000). Untuk kereta Honda Odyssey yang bertaraf MPV pula, harga untuk unit yang baru adalah lebihkurang AUD42,000 sahaja (Malaysia - RM250,000). Cubalah tukarkan dengan matawang Malaysia!
Kalau kereta terpakai, usah dirisau. Lagi murah. Pilih saja samada ingin membeli melalui pengedar atau jualan persendirian. Anda boleh layari laman web seperti www.tradingpost.com.au, www.gumtree.com.au, www.drive.com.au, www.carsales.com.au dan banyak lagi untuk mencari pilihan kereta baru atau terpakai. Usahkan nak beli, urusan pertukaran nama pun amat mudah dengan hanya membuat pendaftaran di Licensing Department (macam JPJ) sahaja.
Bila tiba hujung tahun, mulalah semua pengedar-pengedar kereta (Suzuki, Toyota, Honda, Hyundai, Kia, Mitsubishi, Subaru dll) membuat jualan hujung tahun dengan memberikan harga yang amat menarik sekali! Kereta Toyota Altisse 2.4 litre dijual hanya AUD27,990 dengan percuma bayaran pengedar, insuran pihak ketiga, duti stem dan model itu siap dengan spoiler dan rim aloi yang juga diberikan PERCUMA!
Alahai, telan air liur ajela...

Monday, December 22, 2008
Mentor [II]
Dr Sandra Pereira dan Dr Greg Maguire merupakan kakitangan Research and Higher Degree di ECU ini. Tugas mereka adalah membantu pelajar-pelajar pra graduat dalam penyediaan penulisan thesis mereka.
Sandra adalah seorang Research Consultant yang berkemahiran di dalam bidang statistik manakala Greg pula ialah Academic Writing Consultant yang boleh membantu dalam pengeditan penulisan thesis dan artikel untuk penerbitan.
Saya telah berjumpa dengan kedua-duanya dan nyata mereka amat senang membantu dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan mereka.
Selain bantuan dari penyelia utama dan kedua, Charlie dan kini Sandra dan Greg pula, saya sebenarnya tidak bersendirian dalam pengajian PhD ini!!
Wednesday, December 3, 2008
Hari Pembentangan
Alhamdulillah.
Itu sahaja yang mampu dilafazkan, sebaik sahaja sesi pembentangan yang mengambil masa lebih kurang satu jam berakhir. Perasaan resah, gementar dan gugup berselang-seli sepanjang sesi itu berlangsung. Malam sebelumnya lagi parah... Tak lena tidur!
Apabila ianya berakhir, bebanan yang selama ini dirasa amat berat dipikul..hilang begitu sahaja...
Lega kerana sesi pembentangan selama 25 minit dan selebihnya sesi bersoal jawab telah selamat diharungi. Ianya dihadiri oleh 2 orang penyelia saya, 2 staf akademik dari School of Accounting, Finance and Economics serta 5 pelajar-pelajar pra-ijazah yang lain.
Beberapa persoalan telah dilontarkan oleh 2 staf akademik tersebut dan juga dari kalangan penyelia-penyelia serta dari pelajar sendiri. Terkejut juga kerana penyelia utama pula melontarkan satu soalan yang amat sukar...terpinga-pinga juga dibuatnya untuk memberikan jawapannya.
Tetapi saya berasa amat terkesan dan terharu sekali ketika beliau memberikan ucapan memperkenalkan saya kepada mereka yang hadir sebelum memulakan sesi pembentangan saya. Apa yang diperkatakan oleh Prof Malcom Smith tentang saya??
Biarlah rahsia....

Subscribe to:
Posts (Atom)