The PhD journey has ended... : (

Friday, August 29, 2008

Merit Certificate Award

Pada 28 Ogos (semalam), kami menerima jemputan dari pihak sekolah Along memaklumkan yang Along akan menerima Merit Certificate pada hari perhimpunan sekolah keesokkan harinya.

Sebelum ini, melalui seorang rakan- HP, sememangnya saya telah sedia maklum dengan cara sekolah di sini yang akan menganugerahkan sijil bagi pelajar mereka yang berjaya atau cemerlang di dalam pelbagai perkara.

Menariknya, ianya bukan hanya kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi di atas pelbagai daya usaha yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut yang telah dikenalpasti dan diunjurkan oleh guru kelas mereka sendiri. Sebagai contoh, terdapat anugerah untuk pelajar yang rajin bertanya, yang giat menjaga kebersihan persekitaran sekolah, dan pelbagai lagi yang tak terfikir oleh diri saya sendiri.

Pada keesokkan harinya, kami ke sekolah untuk menghadiri acara tersebut. Ianya dimulakan dengan persembahan dari kelas Year 1, TA7. Menariknya, walaupun pada hari bekerja, (bermula pada jam 8.40 pagi) ramai ibubapa yang hadir!

Persembahan nyanyian oleh kumpulan Year 1 itu diselangseli dengan pemberian sijil "Merit Certificate" untuk pelajar-pelajar junior dan senior. Terdapat 4 lagu yang dinyanyikan termasuk lagu kebangsaan Australia. Di akhir majlis, guru besar, Mr Kevin Brennan memberikan ucapannya.

Ramai juga pelajar sekolah tersebut dianugerahkan sijil dipelbagai kategori pada hari itu. Setelah nama Along diumumkan, barulah saya tahu kategorinya. Sijil itu tertulis, "FOR: Settling so beautifully into class and trying her hardest in all you do. I love your smile, Izzati!" Sijil itu ditandatangani oleh dua guru kelasnya dan juga guru besar sekolah.


Selesai majlis penyampaian, diadakan sesi fotografi secara perseorangan pula. Setelah tamat acara (tamat jam 9.45 pagi) dewan sekolah akan disusun, dikemas dan disapu oleh pelajar senior sendiri.

Kami percaya yang anugerah ini akan memberi semangat dan kegembiraan buat Along dalam menghadapi sesi persekolahannya. Ternyata kehadirannya yang tak sampai sebulan bersekolah serta keberanian dia menghadapi suasana serba baru amat dihargai oleh guru kelasnya sendiri.

Walaupun Along berseorangan (dia aje budak melayu kat sekolah tu), ternyata dia dapat menyesuaikan dirinya dengan baik di situ.

Syukur Alhamdulillah.

Friday, August 22, 2008

Riadah di Neil Hawkins Park


Angah (baju kuning- separuh gambar) Along (baju biru) Adik (baju pink- belakang)



Bersama-sama 4 keluarga Malaysia yang lain, S (UiTM), TZ(UiTM), Wan (UPSI), Shikin (UMT), kami berkelah di Neil Hawkins Park berdekatan dengan Lake Joondalup.

Taman tersebut penuh dengan itik-itik dan burung eksotik liar yang telah biasa dengan kehadiran manusia. Apalagi, bagi anak-anak ianya satu pengalaman yang amat menarik kerana dapat memberi sendiri makanan pada burung dan itik liar tersebut.

Tedapat juga padang permainan kanak-kanak yang berhampiran. Setelah sebulan di sini, barulah Along, Angah dan Adik dapat melepaskan dendam kesumat mereka.

Menariknya, terdapat papan tanda yang melarang pemilik membawa anjing peliharaan mereka ke taman tersebut (lega - tapi mat saleh ni ada gak yang degil).

Anak-anak kami dah ada "port" mereka yang baru di sini. Nampak gayanya ianya akan menjadi rutin mingguan yang tetap untuk mereka.

Wednesday, August 20, 2008

Hujung Minggu

Di Segamat, hari minggu tentunya merupakan hari bersantai bersama keluarga. Kalau tidak ke Pontian atau Melaka (untuk balik kampung) ataupun tidak bershopping di bandar Melaka, maka kami berjalan di sekitar Segamat sahaja.

Jadualnya amat mudah. Sarapan pagi di kedai soto Kg Jawa atau kedai nasi lemak di Taman Bendahara, ataupun di kedai roti canai di depan Poliklinik Segamat. Selesai bersarapan, kami ke taman permainan kanak-kanak di Batu Hampar Segamat (rutin tetap - sebab tempat kesukaan anak2 saya tu).

Setelah penat bermain, barulah ke pasar atau Giant Segamat untuk membeli barangan keperluan rumah.

Di sini (Kinross) rutinnya berubah. Sekadar bersarapan di rumah (nak sarap kat mana lagi...). Kemudian keluar menuju dari satu suburb ke satu suburb yang lain, rumah ke rumah mencari barangan di "garage sales". Kalau masa awal dulu mencari katil, sofa, meja makan dan barangan rumah. Sekarang sekadar mencari barangan kecilan seperti DVD movies, TV, barangan permainan kanak2 dll.

Selang dua minggu (kalau boleh nak selang sebulan tuuu) kami akan membeli barangan keperluan rumah di Wanneroo Market (Wanneroo suburb) untuk membeli buah2an, sayuran, dan ikan segar (murahlah sikit dari bershopping di Coles, Woolworth, IGA tu). Kemudian bergerak ke Girrawheen (untuk membeli daging ayam dan lembu halal) dan terus ke Maranggaroo untuk ke pasar oriental bagi membeli barangan asian (spt kicap kipas udang, mamee, sos maggi dsbnya).

Kalau ke shopping center di Joondalup tu tak de apa sangat. Di Malaysia berkali ganda lebih hebat (lagipun barangnya mahallllll pada kami ni).

Di musim winter ni, kami belum lagi berkesempatan berjalan ke tempat2 menarik di W.A ni.

Tengoklah di masa spring nanti.

Saturday, August 9, 2008

Sebulan telah berlalu...

Begitu pantas masa berlalu.

Hari ini, genap sudah satu bulan kami sekeluarga di bumi Australia ini. Hari ini juga menandakan telah 3 minggu saya berdaftar sebagai pelajar PhD di ECU ini.

Setelah sebulan, kami rasa kehidupan kami adalah stabil, teratur dan selesa, berbanding ketika kami mula-mula sampai dahulu. Kami telah mempunyai kereta (terpakai, boleh la buat jalan..), rumah (harap dapat menyewa sehingga 3 tahun), Along telah pun seminggu bersekolah (kecuali Angah), dan Imah dapat menerima kenyataan yang dia kini adalah surirumah sepenuh masa!

Tumpuan utama saya kini adalah pengajian saya. Semoga ianya dipermudahkan Allah S.W.T.

Sunday, August 3, 2008

Bertambah Meriah



Orang putih kata, "the more, the merrier"

Benar. Bila bertambah ramai, bertambah meriah jadinya.

Bagi keluarga Malaysia yang baru sampai ke ECU ini pula, akan bertambah kuranglah beban yang perlu ditanggung oleh mereka.

Ini terjadi kepada kami sekeluarga. Ketika baru sampai ke Perth ni, manalah kami nak cari tempat tinggal, makan-minum dan segala serba-serbinya.

Mujur ada HP dan Wan (UPSI) (setahun di ECU) , S dan TZ sekeluarga (mereka dah 6 bulan di ECU). Mereka semua banyak membantu. Bermula dengan mencarikan rumah sementara, barangan keperluan dapur, daftar telefon, insuran OSHC, mencari kereta dan segalanya - merekalah yang membantu kami sekeluarga.

Begitulah yang dihadapi oleh S dan TZ ketika mereka sekeluarga mula-mula sampai dahulu. HP dan Wan lah yang membantu.

Selepas saya sekeluarga tiba, seminggu kemudian tiba Malar Villi (Jab Kimia Malaysia) sekeluarga dan selang seminggu selepas itu pula tiba Shikin dan keluarganya (UMT).

Dan sudah tentu pula giliran saya yang menolong mereka. Tetapi saya masih lagi dibantu oleh suami S dan TZ.

Malar Villi, merupakan pelajar PhD jurusan Kimia manakala Shikin (PhD Accounting) pula merupakan rakan sekelas saya untuk BSA 5101 (Research Methodology).

Bayangkan bila 7 sekeluarga ini bertemu. Riuh jadinya dengan hiruk-pikuk anak-anak kami.

Bila jauh di perantauan ni, merekalah sahabat dan mereka jugalah saudara..tempat bergantung harap.

Bagi mereka yang akan ke ECU untuk melanjutkan pelajaran mereka, janganlah risau! Insyaallah, kami yang ada ni akan membantu anda sekelurga....

Apalagi...jom ke ECU!!!