Hari ini, (Ahad) pada jam lebih kurang jam 12.05 malam, ibu mertua saya Saodah bt Abd Karim telah kembali ke rahmatullah.
Aruah sebelum itu telah koma selama 3 hari di mana pada hari pertamanya aruah mengalami demam panas, namun masih sempat mendapatkan rawatan hemodialisis sebelum dimasukkan ke Hospital Pontian Johor.
Isteri saya, yang merupakan anak bongsunya tidak dapat menatap wajah terakhir beliau . Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para ambia.
Alfatihah.
Sunday, September 28, 2008
Friday, September 26, 2008
Salam Lebaran dari kami sekeluarga

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Salam Lebaran buat warga bloggers semua,
Maaf, Zahir dan Batin sesungguhnya kami pinta,
Semoga berbahagia, bergembira di Hari Raya,
Bersama keluarga dan seluruh sanak saudara,
Menjamah lemang, ketupat, rendang dan kuih raya,
Jangan pula lupa berhati-hati di jalan raya,
Insyaallah umur panjang kami akan kembali ke Malaysia,
Kenangilah kami di kala kalian menjamu selera,
Terima kasih di atas segala-galanya.....
Salam Lebaran buat warga bloggers semua,
Maaf, Zahir dan Batin sesungguhnya kami pinta,
Semoga berbahagia, bergembira di Hari Raya,
Bersama keluarga dan seluruh sanak saudara,
Menjamah lemang, ketupat, rendang dan kuih raya,
Jangan pula lupa berhati-hati di jalan raya,
Insyaallah umur panjang kami akan kembali ke Malaysia,
Kenangilah kami di kala kalian menjamu selera,
Terima kasih di atas segala-galanya.....
Ikhlas,
SAA
RMY
AISA
ASSA
AASA
ECU, Joondalup Campus
Western Australia
AISA
ASSA
AASA
ECU, Joondalup Campus
Western Australia
Saturday, September 20, 2008
Mentor
Sesi kuliah di ECU telah masuk minggu ke 8.
Saya hanya perlu mendaftar satu kelas sahaja, iaitu kelas BSA 5101 - Research Methodology (seminggu sekali, setiap Selasa jam 1.30-4.30 pm). Ianya diajar oleh Dr Charlie Huang (Gambar) yang telah menetap di Australia sejak tahun 1995 lagi.
Walaubagaimanapun, jelas jati diri "kecinaan" beliau tetap utuh kerana percakapan beliau masih pekat dengan slanga cinanya yang juga payah untuk menyebut huruf "r" dengan betul. Kami merasakan seolah belajar di negara China.....
Tetapi beliau merupakan seorang yang sangat berpengetahuan serta banyak membantu dalam memberikan buah pemikiran perihal penyelidikan pelajar-pelajarnya.
Di dalam kelas seramai 12 orang itu, hanya kami, Shikin (UMT) dan saya yang merupakan pelajar PhD. Lima yang lain merupakan pelajar MBA atau Master by Research. Selebihnya merupakan pelajar Honours. Mereka datang dari Jepun (1), India (1), Sri Lanka (1), Peranchis (1), China (2) dan selebihnya pelajar Australia sendiri.
Memandangkan hanya kami berdua sahaja pelajar PhD di dalam kelas tersebut, Charlie sering menggunakan cadangan penyelidikan kami sebagai contoh atau menanyakan kami soalan di dalam kelasnya (itu yang tak best tu...asyik kena aje!). Seperti mana-mana pensyarah di sesebuah universiti, beliau mempunyai harapan yang amat tinggi terhadap kualiti penyelidikan lebih-lebih lagi di tahap PhD.
Sering beliau menyatakan, "It is not about how well you know, but it is important to write effectively about what you really know ....". Ini kerana di ECU (dan di hampir semua Uni di Australia), pelajar PhD tidak perlu melalui proses Viva.
Dan oleh kerana itu, sesi pembentangan rancangan penyelidikan adalah seumpama Viva dan merupakan sesi yang amat penting sekali. Tapi apa yang pasti, saya mempunyai seorang lagi mentor untuk membimbing saya di ECU ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

