The PhD journey has ended... : (

Wednesday, December 3, 2008

Hari Pembentangan

Alhamdulillah.

Itu sahaja yang mampu dilafazkan, sebaik sahaja sesi pembentangan yang mengambil masa lebih kurang satu jam berakhir. Perasaan resah, gementar dan gugup berselang-seli sepanjang sesi itu berlangsung. Malam sebelumnya lagi parah... Tak lena tidur!

Apabila ianya berakhir, bebanan yang selama ini dirasa amat berat dipikul..hilang begitu sahaja...
Lega kerana sesi pembentangan selama 25 minit dan selebihnya sesi bersoal jawab telah selamat diharungi. Ianya dihadiri oleh 2 orang penyelia saya, 2 staf akademik dari School of Accounting, Finance and Economics serta 5 pelajar-pelajar pra-ijazah yang lain.

Beberapa persoalan telah dilontarkan oleh 2 staf akademik tersebut dan juga dari kalangan penyelia-penyelia serta dari pelajar sendiri. Terkejut juga kerana penyelia utama pula melontarkan satu soalan yang amat sukar...terpinga-pinga juga dibuatnya untuk memberikan jawapannya.

Tetapi saya berasa amat terkesan dan terharu sekali ketika beliau memberikan ucapan memperkenalkan saya kepada mereka yang hadir sebelum memulakan sesi pembentangan saya. Apa yang diperkatakan oleh Prof Malcom Smith tentang saya??

Biarlah rahsia....

11 comments:

  1. Salam Syahrul...

    Tahniah. Mungkin Malcom berkata: Inilah orangnya yang telah menulis artikel bersama dengan saya dalam Asian Review of Accounting...

    ReplyDelete
  2. Bukan mcm tu En Halim. Sebenarnya dia kata yang saya ni anak angkat dia!!!!!!

    heheheee

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Tahniah ! Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  4. Salam Syahrul..

    Oh anak angkat...sebab tu la dia soal kaw-kaw punya. Kan sayangkan anak tangan-tangankan..hehe.
    Apapun tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  5. salam en. syahrul..apa khabar?
    hope en. syahrul n family baik2 aja ya..ngehee..
    well, saya berterima kasih sgt2 kt en. syahrul..kerana en. syahrul, FRS tuh saya ingat la sampai sekarang..thank u so much!!
    also, wishing u all da best ya..
    doakan kejayaan saya & batch BACC part 8 (july-dec'08)..semoga kitorang dpt grad with flying colours..amin..

    with luv,
    ur ex-student
    aniazizah

    ReplyDelete
  6. Syahrul....congratulations! Buat sujud syukur tak?

    ReplyDelete
  7. Salam Syah,

    Congrats, hope that u can keep up the good progress and maintain the best relationship with ur supervisor.

    Tahniah my friend.
    P/S; Rumah u kat IOI tu, kat belakang dah penuh rumput...i pusing2 petang selalu gak tengok rumah u.

    ReplyDelete
  8. Man,

    senang2 tolong tebaskan bole ke..hehehe

    rindu aku umah tu. Baru je duduk 1 tahun setengah.

    ReplyDelete
  9. Dear Syah,

    No worry my friend, lepas PhD ni bolehlah besarkan lagi umah tu....setakat nie rumah tu tak lah semak pun....maintain susunan luar tu macam dulu gak...kekadang tu I terkenang macam ternampak2 anak2 u main kat laman tu.....memories.

    "Strive hard...do the best"

    ReplyDelete
  10. Lama tak melawat blog nih...hehe bercuti..anyway, congrats!!! Baru jumpa Kak Farha buat data collection. You will soon..

    Congrats!!!Keep up the good momentum!!

    ReplyDelete