The PhD journey has ended... : (

Monday, September 14, 2009

Malaysia [II]

Sambungan.

3. BTN (6 - 10 Ogos 2009)

Nak dijadikan cerita, kursus yang pada awalnya dijadualkan pada 13 Ogos dipercepatkan tarikhnya seminggu lebih awal. Berita mengenainya hanya diketahui pada petang hari ketibaan melalui NG, seorang rakan di UiTM Shah Alam yang dihubungi oleh pihak JPBSM UiTM Shah Alam.
JPBSM pula memesan dengan menyuruh Imah hadir ke pejabat di Shah Alam bagi mengambil dokumen sebelum mendaftarkan diri ke Kem Ulu Seperi. Keputusan drastik harus dibuat. Nasib baik kami bermalam di Sepang dan tidak terus balik ke Melaka ketika hari ketibaan.

Keesokkan harinya (5 Ogos) kami sekeluarga bergerak ke UiTM Shah Alam dan singgah di Kompleks Shah Alam dan Giant Hypermarket Shah Alam bagi membeli barang keperluan Imah yang sepatutnya. Balik terus ke Melaka pada hari tersebut, dan keesokkan harinya (6 Ogos) Imah pun mendaftarkan diri di Kem Ulu Seperi.


Apa-apa pun syukur kini semuanya telah selesai. Selesai sahaja kursus ini, tinggal bab penyerahan borang di pejabat Unit Biasiswa di KPT, Putrajaya nanti.

4. Anak-anak (sepanjang ibunya berkursus)

5 hari merupakan tempoh yang lama terutama bagi si Kecik tu. Mana betah dia berpisah lama dengan ibunya, lebih-lebih lagi apabila ianya dibuat secara tiba-tiba. Nasib baik ada atuknya. Tinggallah kami yang ada ni di Melaka sambil merangka aktiviti untuk anak-anak di sini.

Masa ni, ketakutan terhadap H1N1 memang ketara. Kemana-mana yang kami pergi, orang ramai menggunakan face mask, termasuk kanak-kanak. Ini termasuk la ketika kami ke Zoo Melaka. Hampir kesemua pengunjung menggunakan face mask. Ini merupakan satu pemandangan yang aneh dan menakutkan buat kami. Kat Perth pun tak macam ini. Pada ketika itu, kadar kematian baru setakat belasan sahaja. Apa pun, rutin harian kami berubah sedikit dengan terpaksa mengusung kit H1N1 (face mask, anti-bacterial wipes dan hand sanitizer) ke mana sahaja.


Di ketika yang lain, sempat juga singgah ke kebun ayah yang jauh di Merlimau tu. Kagum jugak bila tengok keadaan kebun tu, bersih dan kemas. Semua pokok buah-buahan menjadi, kecuali durian. Anak gumbira 'membelasah' buah-buah eksotik Asia seperti cempedak dan rambutan.


1 comment:

  1. Salam bro shah,

    Semoga sukses dalam BTN kat Imah, dan sekeluarga gembira menyambut Ramadhan di Malaysia.

    "Selamat Hari Raya Ailfitri dan Maaf Zahir batin dari KamalrulCS dan Yus sekeluarga."

    ReplyDelete