The PhD journey has ended... : (

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Kenangan di Melbourne

Sangat menarik dan hidup!

Itu kesimpulan saya tentang Melbourne. Ianya jauh sangat berbeza berbanding bandaraya Perth!


5 hari disana memang tidak mencukupi namun sudah memadai buat kami sekeluarga. Imah menyampaikan pembentangan di hari pertama kami tiba dan alhamdulillah artikelnya telah dipilih sebagai artikel terbaik di bidang perakaunan dan telah diterbitkan di Journal of Business and Policy Research untuk terbitan Disember 2010 yang lepas.


Kami juga berkesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama dari UiTM di sana dan sangat berterima kasih dengan layanan yang telah mereka diberikan. Semoga pengajian PhD mereka dipermudahkan semuanya!




Saturday, October 23, 2010

Melbourne

Imah akan membentangkan kertaskerjanya di 13th International Business Research Conference di Novotel Hotel, Melbourne pada akhir November ini.

Kami sekeluarga akan menemaninya dan mengambil kesempatan untuk melawat Bandaraya Melbourne untuk beberapa hari. Segala persiapan telah pun diaturkan. Jika berkesempatan, mungkin dapat bertemu beberapa rakan di sana. Namun, perancangan bagi tujuan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Melbourne masih lagi belum dimuktamadkan.

Semoga perjalanan kami ini dipermudahkanNya.

Thursday, January 8, 2009

The Maze

The Maze merupakan satu lagi tarikan di W.A. ini.

Kami beserta 5 keluarga Malaysia yang lain yang belajar samada di ECU, Curtin dan UWA, berkumpul untuk aktiviti wajib bulanan kami - bbq.
Ianya merupakan tempat riadah keluarga yang mempunyai tarikan seperti - Laman bbq, 3 mazes (Pine Maze, Timber Maze & Dodgy Old Maze), Mini golf, Disk golf, Garden chess serta kurungan koala, kanggaroo, emu dan burung cockatoo.

Peta The Maze

Angah - "menyusun" chess

Kaum bapa

Adik dan Koala nya

Along - mencari jalan keluar di Timber Maze

Monday, January 5, 2009

Perth Zoo

Sabtu lepas, kami sekeluarga melawat Perth Zoo, untuk kali kedua. Seperti di Malaysia, ianya juga menjadi tempat kegemaran untuk anak-anak kami.

Cuti sekolah musim panas di W.A. kini sedang berlangsung dari 19 Dis 2008 sehingga 1 Feb 2009. Jadi beberapa perancangan untuk aktiviti anak-anak harus dibuat. Takkan nak memerap di rumah sahaja.
Ini merupakan salah satu aktiviti keluarga di musim cuti sekolah ini. Sebelum ini beberapa tempat telah kami lawati. Ianya akan diceritakan pada posting yang akan datang.
Bezanya lawatan kali ini, bersempena dengan cuti sekolah, Perth Zoo bertemakan African Adventure. Ada la aktiviti sampingan seperti beberapa aktiviti kebudayaan dan aktiviti untuk kanak-kanak. Harga tiketnya AUD50 untuk mini group (2 adults and 2 children). Tutup mata ajelahh..

Friday, August 22, 2008

Riadah di Neil Hawkins Park


Angah (baju kuning- separuh gambar) Along (baju biru) Adik (baju pink- belakang)



Bersama-sama 4 keluarga Malaysia yang lain, S (UiTM), TZ(UiTM), Wan (UPSI), Shikin (UMT), kami berkelah di Neil Hawkins Park berdekatan dengan Lake Joondalup.

Taman tersebut penuh dengan itik-itik dan burung eksotik liar yang telah biasa dengan kehadiran manusia. Apalagi, bagi anak-anak ianya satu pengalaman yang amat menarik kerana dapat memberi sendiri makanan pada burung dan itik liar tersebut.

Tedapat juga padang permainan kanak-kanak yang berhampiran. Setelah sebulan di sini, barulah Along, Angah dan Adik dapat melepaskan dendam kesumat mereka.

Menariknya, terdapat papan tanda yang melarang pemilik membawa anjing peliharaan mereka ke taman tersebut (lega - tapi mat saleh ni ada gak yang degil).

Anak-anak kami dah ada "port" mereka yang baru di sini. Nampak gayanya ianya akan menjadi rutin mingguan yang tetap untuk mereka.

Wednesday, August 20, 2008

Hujung Minggu

Di Segamat, hari minggu tentunya merupakan hari bersantai bersama keluarga. Kalau tidak ke Pontian atau Melaka (untuk balik kampung) ataupun tidak bershopping di bandar Melaka, maka kami berjalan di sekitar Segamat sahaja.

Jadualnya amat mudah. Sarapan pagi di kedai soto Kg Jawa atau kedai nasi lemak di Taman Bendahara, ataupun di kedai roti canai di depan Poliklinik Segamat. Selesai bersarapan, kami ke taman permainan kanak-kanak di Batu Hampar Segamat (rutin tetap - sebab tempat kesukaan anak2 saya tu).

Setelah penat bermain, barulah ke pasar atau Giant Segamat untuk membeli barangan keperluan rumah.

Di sini (Kinross) rutinnya berubah. Sekadar bersarapan di rumah (nak sarap kat mana lagi...). Kemudian keluar menuju dari satu suburb ke satu suburb yang lain, rumah ke rumah mencari barangan di "garage sales". Kalau masa awal dulu mencari katil, sofa, meja makan dan barangan rumah. Sekarang sekadar mencari barangan kecilan seperti DVD movies, TV, barangan permainan kanak2 dll.

Selang dua minggu (kalau boleh nak selang sebulan tuuu) kami akan membeli barangan keperluan rumah di Wanneroo Market (Wanneroo suburb) untuk membeli buah2an, sayuran, dan ikan segar (murahlah sikit dari bershopping di Coles, Woolworth, IGA tu). Kemudian bergerak ke Girrawheen (untuk membeli daging ayam dan lembu halal) dan terus ke Maranggaroo untuk ke pasar oriental bagi membeli barangan asian (spt kicap kipas udang, mamee, sos maggi dsbnya).

Kalau ke shopping center di Joondalup tu tak de apa sangat. Di Malaysia berkali ganda lebih hebat (lagipun barangnya mahallllll pada kami ni).

Di musim winter ni, kami belum lagi berkesempatan berjalan ke tempat2 menarik di W.A ni.

Tengoklah di masa spring nanti.