The PhD journey has ended... : (

Saturday, October 23, 2010

Melbourne

Imah akan membentangkan kertaskerjanya di 13th International Business Research Conference di Novotel Hotel, Melbourne pada akhir November ini.

Kami sekeluarga akan menemaninya dan mengambil kesempatan untuk melawat Bandaraya Melbourne untuk beberapa hari. Segala persiapan telah pun diaturkan. Jika berkesempatan, mungkin dapat bertemu beberapa rakan di sana. Namun, perancangan bagi tujuan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Melbourne masih lagi belum dimuktamadkan.

Semoga perjalanan kami ini dipermudahkanNya.

Tuesday, September 21, 2010

Ishhh.. Supervisor aku nii!!

Semalam email pada Prof Smith draf bab terbaru.

Hari ni dia balas, "Where are Chapters X & X? Under preparation?".

Ishh dia ni.... 2 bab tu dah berbulan lepas dah hantar, siap dapat komen bertulis dari dia lagi, pun boleh lupa?? Ni mesti kes ramai supervisee la ni.

Terusss balas email dia, sambil kepilkan salinan email dia yang lepas yang mengesahkan dia telah menerima softcopy bab tersebut serta salinan email dia yang memberi komen ringkas terhadap bab tu setelah habis disemaknya.

Tu pentingnya, disimpan semua bentuk komunikasi kita dengan penyelia kita serta apa jua bentuk sofcopy yang berkaitan dengan pengajian PhD kita ni.

Tapi, Prof Smith ni kerja dia pantas. Kalau bagi draf untuk semakan, memang pantas disemaknya. Dalam email awal tadi, dia balas,
"I can let you have an annotated Chapter X next Tuesday. Lots of small changes - and a few lengthy, clumsy sentences that need rewriting. Content generally OK - except in two regards, ... bla..bla... "

Next step, mahu kasi tambah apa-apa yang patut, kasi betul mana-mana yang salah, kasi polish bagi kilat, kasi tambah lemak, masin, masam, manis pada mana-mana items, sections mana yang patut. Kasi belen kiri dan kanan, depan dan belakang...

Kira mahu kasi oomppphhh sama dia!!!

Yessszaaaa!!!!


p/s: Disclaimer: 3 perenggan terakhir itu hanya mahu kasi perangat saja.. Banyak lagi nak kena buat niii.. ish.... ishh...... ishhhhhhhh................................

Thursday, September 9, 2010

Maaf Zahir dan Batin!!!


Bulan Syawal datang lagi.

Namun kemeriahannya kurang terasa sama ketika kali pertama kami menyambutnya di bumi Perth ini pada 2008 yang lepas.

Kali ini amat kurang rasa kemeriahan untuk menyambutnya takala saya kini berada di tahun akhir pengajian. Namun persiapan yang tak seberapa tetap juga dibuat, terutama buat anak-anak kesayangan.

Akhirkata, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakan muslim, baik di tanahair serta di luar negara. Maaf, Zahir dan Batin atas segala keterlanjuran, silap dan salah baik dari segi kata-kata mahupun perbuatan kami ini.

Salam lebaran dari kami di Joondalup, WA

Thursday, July 22, 2010

2 Tahun!

17.7.2008 - 17.7.2010

Dua tahun berlalu....
Ada antara rakan-rakan yang dah pun kembali ke Malaysia. Dah ada pun yang bergelar Doktor.
Ramai juga yang telah pun berada di penghujung tahun pengajian.
Malah, ada juga yang nak tambah masa pengajian kerana sebab-sebab mereka tersendiri.
Saya ada berbaki 1 tahun lagi. Imah pula satu tahun setengah lagi. Macam mana nii??? Ehmmm
Semoga Allah permudahkan urusan pengajian kami berdua.
Dikongsikan himpunan doa-doa khusus untuk pelajar untuk tatapan serta rujukan buat mereka yang mengunjungi blog ini.

Tuesday, June 15, 2010

World Cup vs PhD




Antara cabaran phd....

Lepas ni, pada 3-14 Oktober musim Commonwealth Games di Delhi la pulak. Sebelumnya, berlangsung 2008 Olympic Games di Beijing, China dan 2010 Winter Olympic di Vancouver, Canada. Layan sukan la gamaknya..

Rancangan tv di sini menyediakan saluran digital One HD bagi liputan utama berita-berita sukan di seluruh dunia. Tambah-tambah lagi pulak liputan menyeluruh diberikan bila negara Australia sendiri yang mengambil bahagian.

Terbaru, kekalahan Australia di tangan Germany mendapatan kritikan hebat oleh rakyat mereka di sini. Seperti biasa jurulatih pasukan la yang diserangnya.

Kesian Pim Verbeek...

http://www.theaustralian.com.au/sport/world-cup-2010/craig-foster-sack-pim-verbeek-immediately/story-fn4l4sip-1225880401600

Kesudahannya, perlawanan kedua Australia menentang Ghana dianggap amat kritikal dalam menentukan keberlangsungan mereka dalam menghadapi pusingan akhir Piala Dunia ini.

Apa-apa pun, jommm kita layannnnnnnnnnnnnnnnnn...

Tuesday, June 8, 2010

This is very good...

Dalam satu sesi ceramah yang pernah saya hadiri berkenaan pengalaman belajar di peringkat phd, penceramah itu ada mengatakan bahawa, dalam tempoh pengajian, seseorang pelajar itu sebenarnya akan melalui satu tempoh yang amat sunyi dan sentiasa berkeseorangan. Kata beliau, ini kerana hanya anda sahaja yang tahu tentang apa yang sebenarnya ingin anda lakukan/selidiki.

Benar juga kata-katanya. Topik phd yang kita pilih seharusnya berlainan/berbeza/unik/memberi sumbangan kepada bidang yang ingin kita kaji. Ini memaksa pelajar tersebut mencari-cari atau lebih tepat lagi TERCARI-CARI SENDIRI jawapan bagi persoalan asas seperti: mengapa?, kenapa?, bagaimana?, apa bezanya?, apakah ianya itu?, signifikannya? abih tu?... dan pelbagai lagi.

Dan ternyata amat benar juga kata-katanya, kerana keadaan yang sama juga sedang saya alami! SUNYI!!!(biarpun saya ada blog, facebook, email, ipod, iphone dan akan datang ipad...)

Namun hari ini, bila saya menerima email dari penyelia dan dengan pembuka bicara beliau mengatakan, "This is very good." (sebagai balasan kepada permintaan untuk beliau menyemak draf bab yang terbaru), ianya ternyata sangat melegakan!!!!

Harap-harapnya, begitu la juga jawapan yang bakal saya terima dari 3 penilai yang menyemak thesis saya akan datang.

Hanya tinggal 1/3 sahaja lagi baki pengajian. Yang nyata, selama tempoh itu, keadaan akan menjadi semakin sunyi dan sangat-sangat menyeramkan...

Semoga Allah permudahkan segala urusan pengajian kami berdua.

Monday, April 19, 2010

MyPSA WA


Malaysian Postgraduate Student Association Western Australia (MyPSA-WA) telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 April 2009 di mesyuarat agungnya yang pertama. Ianya bermula secara tidak rasmi pada tahun 2008 dengan jaringan yahoogroups bagi menyatukan seluruh warga pasca siswazah (serta pasangan mereka) yang melanjutkan pengajian samada di peringkat Master ataupun Doktor Falsafah di universiti-universiti sekitar WA ini.


Tujuan utama penubuhan MyPSA ini adalah untuk menjaga kebajikan serta merapatkan silaturrahim sesama pelajar (dan pasangan) melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Penubuhan persatuan pelajar ini mendapat sokongan penuh Konsulat Malaysia di Perth serta Malaysian Students Department Australia (MSDA) yang berpejabat di Sydney.

Bagi tahun kedua penubuhannya (April 2009) , saya telah dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif (4 orang - yang dipilih secara undi pada mesyuarat agungnya yang pertama) sebagai Wakil ECU bagi sesi 2009/2010. Keanggotaan jawatankuasa adalah seramai 15 orang kesemuanya dan terdiri dari pelbagai latarbelakang pengajian dan universiti termasuk mereka yang juga merupakan pasangan kepada pelajar.


Selama setahun keanggotaan saya di dalam jawatankuasa ini, membolehkan saya untuk meluaskan kenalan disamping memahami permasalahan yang sering timbul serta berbincang dan bersama-sama membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sesungguhnya ianya merupakan satu lagi pengalaman yang amat berharga kerana bukan sahaja diberi peluang untuk bersama menyumbang idea dan tenaga, malah gembira kerana ahli-ahli jawatankuasanya merupakan mereka yang sangat-sangat berkaliber, ikhlas dan bersungguh dalam memberikan apa sahaja bentuk bantuan kepada ahli-ahli MyPSA yang memerlukan.

Usaha yang kami dukung ini turut mendapat pujian dari pihak Konsulat Malaysia di Perth dan juga pegawai MSDA Sydney yang disuarakan oleh mereka sendiri di dalam ucapan pembukaan ketika mesyuarat agung MyPSA WA yang kedua pada 17 April 2010 yang lepas.

Kini, barisan pimpinan baru MyPSA WA sesi 2010/2011 telah pun dibentuk. Tahniah kepada mereka yang telah memenangi undian ahli MyPSA. Selamat bertugas kepada semua yang dilantik. Semoga mereka memahami halatuju MyPSA ini dan dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.
"Bersama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"
Syahrul Ahmar Ahmad
AJK MyPSA WA Sesi 2009/2010
Wakil Edith Cowan University

Wednesday, March 3, 2010

ICBER, 2010

International Conference in Business and Economic Research (ICBER)
Hilton Hotel, Kuching Sarawak
15-16 March 2010

Ini merupakan kali pertama saya akan ke Kuching, Sarawak. Konferen ini bakal dianjurkan oleh Global Research Agency.

Kesempatan untuk menulis artikel ini diambil ketika menunggu-nunggu respon balasan dari responden dari Malaysia. Kedua-dua penyelia pula merestuinya.

Kenapa Malaysia? Entahla... Saja nak ambil kesempatan untuk balik ke Malaysia secara percuma agaknya...

Antara sebab yang utama ialah, setiap pelajar PhD di ECU diberikan dana penyelidikan sebanyak AUD3,000 (bergantung kepada fakulti) untuk membantu penyelidikan mereka. Kalau ditukarkan ke RM, memang besar jumlahnya. Sebahagian dari dana itu telah saya gunakan semasa menghadiri Doctoral Colloquium di Shah Alam dahulu serta juga untuk belanja persediaan pengumpulan data saya (kertas soalselidik, stem, belanja pos dsbnya).

Masih ada banyak bakinya lagi. Saya fikir mungkin boleh digunakan sedikit untuk penyertaan ke konferen ini. Selebihnya pula, saya memang berkira-kira untuk menghadiri pembentangan di luar Malaysia nanti. Tengoklah kalau ada rezeki, samada di Australia (di luar WA) atau New Zealand.
Sementara ini, segala persiapan telah disempurnakan (slide pembentangan, artikel, tempahan tiket kapalterbang dan hotel). Hanya tinggal cek bagi bayaran yuran penyertaan saja lagi yang masih belum dibuat.
Jadual pembentangan telah pun diterima dari penganjur semalam. Ramai juga para pembentangan luar negara yang datang. Saya pula dijadualkan pada sesi pagi pada hari kedua.
Ada la peluang berjalan puas-puas di bandar Kuching nanti. Apa yang patut dibeli ya?

Sunday, January 17, 2010

18 bulan

17 Jan 2010.

Satu tahun setengah telah berlalu.

Saya telah pun berada di pertengahan perjalanan. Tinggal 18 bulan lagi yang harus ditempuhi. Bagi diri saya sendiri, ini merupakan kemuncak kepada segala-galanya. Pelbagai perkara perlu disempurnakan, apatah lagi ketika proses pengumpulan data hampir tamat.

Kini semuanya terasa seperti semuanya perlu dilakukan dengan serentak....penulisan draf awal thesis, penulisan artikel bagi pembentangan konferen, pembersihan data, analisis data dan pelbagai lagi.

Secara jujur, tekanan phd semakin dirasai. Namun, insyaAllah semuanya pasti dapat saya dan isteri harungi.

Doakanlah yang terbaik buat kami.