The PhD journey has ended... : (

Monday, September 14, 2009

Malaysia [II]

Sambungan.

3. BTN (6 - 10 Ogos 2009)

Nak dijadikan cerita, kursus yang pada awalnya dijadualkan pada 13 Ogos dipercepatkan tarikhnya seminggu lebih awal. Berita mengenainya hanya diketahui pada petang hari ketibaan melalui NG, seorang rakan di UiTM Shah Alam yang dihubungi oleh pihak JPBSM UiTM Shah Alam.
JPBSM pula memesan dengan menyuruh Imah hadir ke pejabat di Shah Alam bagi mengambil dokumen sebelum mendaftarkan diri ke Kem Ulu Seperi. Keputusan drastik harus dibuat. Nasib baik kami bermalam di Sepang dan tidak terus balik ke Melaka ketika hari ketibaan.

Keesokkan harinya (5 Ogos) kami sekeluarga bergerak ke UiTM Shah Alam dan singgah di Kompleks Shah Alam dan Giant Hypermarket Shah Alam bagi membeli barang keperluan Imah yang sepatutnya. Balik terus ke Melaka pada hari tersebut, dan keesokkan harinya (6 Ogos) Imah pun mendaftarkan diri di Kem Ulu Seperi.


Apa-apa pun syukur kini semuanya telah selesai. Selesai sahaja kursus ini, tinggal bab penyerahan borang di pejabat Unit Biasiswa di KPT, Putrajaya nanti.

4. Anak-anak (sepanjang ibunya berkursus)

5 hari merupakan tempoh yang lama terutama bagi si Kecik tu. Mana betah dia berpisah lama dengan ibunya, lebih-lebih lagi apabila ianya dibuat secara tiba-tiba. Nasib baik ada atuknya. Tinggallah kami yang ada ni di Melaka sambil merangka aktiviti untuk anak-anak di sini.

Masa ni, ketakutan terhadap H1N1 memang ketara. Kemana-mana yang kami pergi, orang ramai menggunakan face mask, termasuk kanak-kanak. Ini termasuk la ketika kami ke Zoo Melaka. Hampir kesemua pengunjung menggunakan face mask. Ini merupakan satu pemandangan yang aneh dan menakutkan buat kami. Kat Perth pun tak macam ini. Pada ketika itu, kadar kematian baru setakat belasan sahaja. Apa pun, rutin harian kami berubah sedikit dengan terpaksa mengusung kit H1N1 (face mask, anti-bacterial wipes dan hand sanitizer) ke mana sahaja.


Di ketika yang lain, sempat juga singgah ke kebun ayah yang jauh di Merlimau tu. Kagum jugak bila tengok keadaan kebun tu, bersih dan kemas. Semua pokok buah-buahan menjadi, kecuali durian. Anak gumbira 'membelasah' buah-buah eksotik Asia seperti cempedak dan rambutan.


Friday, September 11, 2009

Malaysia

Kini, telah hampir 6 minggu kami di sini. Berbagai perkara yang harus dilakukan oleh kami berdua sepanjang berada di Malaysia. Namun, yang paling utama ialah untuk menikmati saat-saat ini, kerana besar kemungkinan ini merupakan kali yang terakhir untuk kami pulang ke Malaysia sehinggalah tamat pembelajaran kami berdua di Perth di penghujung tahun 2011 nanti.

1. Kepulangan (Selasa, 4 Ogos 2009)

Penerbangan pulang dijadualkan pada jam 6.50 pagi waktu tempatan. Keluar rumah di Kinross seawal jam 4.00 pagi bersama dengan sebuah kereta lagi yang dipandu oleh rakan.

Sengaja pilih penerbangan semasa hari bekerja, kerana kebiasaannya bilangan penumpang tidaklah begitu ramai. Dengan adanya banyak tempat duduk yang kosong, ini merupakan satu kenikmatan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil seperti kami ini.

Kedudukan dalam kapal terbang pada awalnya seperti gambar diatas. Namun bahana H1N1 ini memaksa kami mengambil langkah berjaga-jaga. Anti-bacterial wipes dan hand sanitizer kami gunakan di dalam kapalterbang. Tempat duduk dan tray folder semuanya kami lap dengan wipes terlebih dahulu. Gambar diatas menunjukkan Imah memegang paket anti-bacterial wipes selepas selesai proses sanitasi tempat duduk kami.

Gambar bawah pula setelah beberapa jam penerbangan. Along baring (selimut merah) di kerusi di depan Angah. Biasalah dia ni, asal jalan jauh aje mabuk. Dah dekat-dekat sampai muntah pulak. Sebelum tu, dia pening-pening dan loya. Akibatnya, kat LCCT, dia tak lepas penyaringan kerana disyaki demam. Namun setelah dibuat pemeriksaan lanjut, doktor lepaskan. Lega!



Gambar di bawah bersama atuk kesayangan sejurus keluar dari dewan ketibaan.



2. Riadah

Sampai aje kami terus check-in di Hotel DePalma Sepang yang merupakan hotel kegemaran anak-anak. Sebab utamanya, bilik Family Room berhadapan dengan kolam mandi. Kesempatan ini diambil, memandangkan bulan puasa bakal menjelma dan Imah pula akan memulakan kursus BTNnya di Kem Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 6 Ogos (dua hari selepas ketibaan kami).