The PhD journey has ended... : (

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Bye-bye Corola!


Bye-bye our dear Corola!

You have served us very well through out the period we owned you.

Thank you for enabling us to visit various places in Western Australia without giving us any sort of mechanical problem at all.

Visiting various interesting and great tourist places have been made possible during the period of your service. You have enabled us to visit Pinnacles and Lancelin up north of WA, touring Perth city and its surrounding metropolitan suburbs, as well as be able to experience great destinations offered in WA's infamous South West Region (such as Cojonup, Albany, Denmark, Walpole, Pemberton, Augusta, Margaret River, Busselton, Bunbury, Mandurah, Rockingham, and Freemantle to name a few..).

A total of 31,131 kms have we travelled with you during such short stint.

Hope that your new owner will take a good care of you, full with tender love and due care!

Again, bye-bye our Corola! You will dearly be missed!

Monday, September 14, 2009

Malaysia [II]

Sambungan.

3. BTN (6 - 10 Ogos 2009)

Nak dijadikan cerita, kursus yang pada awalnya dijadualkan pada 13 Ogos dipercepatkan tarikhnya seminggu lebih awal. Berita mengenainya hanya diketahui pada petang hari ketibaan melalui NG, seorang rakan di UiTM Shah Alam yang dihubungi oleh pihak JPBSM UiTM Shah Alam.
JPBSM pula memesan dengan menyuruh Imah hadir ke pejabat di Shah Alam bagi mengambil dokumen sebelum mendaftarkan diri ke Kem Ulu Seperi. Keputusan drastik harus dibuat. Nasib baik kami bermalam di Sepang dan tidak terus balik ke Melaka ketika hari ketibaan.

Keesokkan harinya (5 Ogos) kami sekeluarga bergerak ke UiTM Shah Alam dan singgah di Kompleks Shah Alam dan Giant Hypermarket Shah Alam bagi membeli barang keperluan Imah yang sepatutnya. Balik terus ke Melaka pada hari tersebut, dan keesokkan harinya (6 Ogos) Imah pun mendaftarkan diri di Kem Ulu Seperi.


Apa-apa pun syukur kini semuanya telah selesai. Selesai sahaja kursus ini, tinggal bab penyerahan borang di pejabat Unit Biasiswa di KPT, Putrajaya nanti.

4. Anak-anak (sepanjang ibunya berkursus)

5 hari merupakan tempoh yang lama terutama bagi si Kecik tu. Mana betah dia berpisah lama dengan ibunya, lebih-lebih lagi apabila ianya dibuat secara tiba-tiba. Nasib baik ada atuknya. Tinggallah kami yang ada ni di Melaka sambil merangka aktiviti untuk anak-anak di sini.

Masa ni, ketakutan terhadap H1N1 memang ketara. Kemana-mana yang kami pergi, orang ramai menggunakan face mask, termasuk kanak-kanak. Ini termasuk la ketika kami ke Zoo Melaka. Hampir kesemua pengunjung menggunakan face mask. Ini merupakan satu pemandangan yang aneh dan menakutkan buat kami. Kat Perth pun tak macam ini. Pada ketika itu, kadar kematian baru setakat belasan sahaja. Apa pun, rutin harian kami berubah sedikit dengan terpaksa mengusung kit H1N1 (face mask, anti-bacterial wipes dan hand sanitizer) ke mana sahaja.


Di ketika yang lain, sempat juga singgah ke kebun ayah yang jauh di Merlimau tu. Kagum jugak bila tengok keadaan kebun tu, bersih dan kemas. Semua pokok buah-buahan menjadi, kecuali durian. Anak gumbira 'membelasah' buah-buah eksotik Asia seperti cempedak dan rambutan.


Friday, September 11, 2009

Malaysia

Kini, telah hampir 6 minggu kami di sini. Berbagai perkara yang harus dilakukan oleh kami berdua sepanjang berada di Malaysia. Namun, yang paling utama ialah untuk menikmati saat-saat ini, kerana besar kemungkinan ini merupakan kali yang terakhir untuk kami pulang ke Malaysia sehinggalah tamat pembelajaran kami berdua di Perth di penghujung tahun 2011 nanti.

1. Kepulangan (Selasa, 4 Ogos 2009)

Penerbangan pulang dijadualkan pada jam 6.50 pagi waktu tempatan. Keluar rumah di Kinross seawal jam 4.00 pagi bersama dengan sebuah kereta lagi yang dipandu oleh rakan.

Sengaja pilih penerbangan semasa hari bekerja, kerana kebiasaannya bilangan penumpang tidaklah begitu ramai. Dengan adanya banyak tempat duduk yang kosong, ini merupakan satu kenikmatan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil seperti kami ini.

Kedudukan dalam kapal terbang pada awalnya seperti gambar diatas. Namun bahana H1N1 ini memaksa kami mengambil langkah berjaga-jaga. Anti-bacterial wipes dan hand sanitizer kami gunakan di dalam kapalterbang. Tempat duduk dan tray folder semuanya kami lap dengan wipes terlebih dahulu. Gambar diatas menunjukkan Imah memegang paket anti-bacterial wipes selepas selesai proses sanitasi tempat duduk kami.

Gambar bawah pula setelah beberapa jam penerbangan. Along baring (selimut merah) di kerusi di depan Angah. Biasalah dia ni, asal jalan jauh aje mabuk. Dah dekat-dekat sampai muntah pulak. Sebelum tu, dia pening-pening dan loya. Akibatnya, kat LCCT, dia tak lepas penyaringan kerana disyaki demam. Namun setelah dibuat pemeriksaan lanjut, doktor lepaskan. Lega!



Gambar di bawah bersama atuk kesayangan sejurus keluar dari dewan ketibaan.



2. Riadah

Sampai aje kami terus check-in di Hotel DePalma Sepang yang merupakan hotel kegemaran anak-anak. Sebab utamanya, bilik Family Room berhadapan dengan kolam mandi. Kesempatan ini diambil, memandangkan bulan puasa bakal menjelma dan Imah pula akan memulakan kursus BTNnya di Kem Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 6 Ogos (dua hari selepas ketibaan kami).

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran dari kami sekeluarga


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Salam Lebaran buat warga bloggers semua,

Maaf, Zahir dan Batin sesungguhnya kami pinta,

Semoga berbahagia, bergembira di Hari Raya,

Bersama keluarga dan seluruh sanak saudara,

Menjamah lemang, ketupat, rendang dan kuih raya,

Jangan pula lupa berhati-hati di jalan raya,

Insyaallah umur panjang kami akan kembali ke Malaysia,

Kenangilah kami di kala kalian menjamu selera,

Terima kasih di atas segala-galanya.....
Ikhlas,
SAA
RMY
AISA
ASSA
AASA
ECU, Joondalup Campus
Western Australia

Friday, August 29, 2008

Merit Certificate Award

Pada 28 Ogos (semalam), kami menerima jemputan dari pihak sekolah Along memaklumkan yang Along akan menerima Merit Certificate pada hari perhimpunan sekolah keesokkan harinya.

Sebelum ini, melalui seorang rakan- HP, sememangnya saya telah sedia maklum dengan cara sekolah di sini yang akan menganugerahkan sijil bagi pelajar mereka yang berjaya atau cemerlang di dalam pelbagai perkara.

Menariknya, ianya bukan hanya kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi di atas pelbagai daya usaha yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut yang telah dikenalpasti dan diunjurkan oleh guru kelas mereka sendiri. Sebagai contoh, terdapat anugerah untuk pelajar yang rajin bertanya, yang giat menjaga kebersihan persekitaran sekolah, dan pelbagai lagi yang tak terfikir oleh diri saya sendiri.

Pada keesokkan harinya, kami ke sekolah untuk menghadiri acara tersebut. Ianya dimulakan dengan persembahan dari kelas Year 1, TA7. Menariknya, walaupun pada hari bekerja, (bermula pada jam 8.40 pagi) ramai ibubapa yang hadir!

Persembahan nyanyian oleh kumpulan Year 1 itu diselangseli dengan pemberian sijil "Merit Certificate" untuk pelajar-pelajar junior dan senior. Terdapat 4 lagu yang dinyanyikan termasuk lagu kebangsaan Australia. Di akhir majlis, guru besar, Mr Kevin Brennan memberikan ucapannya.

Ramai juga pelajar sekolah tersebut dianugerahkan sijil dipelbagai kategori pada hari itu. Setelah nama Along diumumkan, barulah saya tahu kategorinya. Sijil itu tertulis, "FOR: Settling so beautifully into class and trying her hardest in all you do. I love your smile, Izzati!" Sijil itu ditandatangani oleh dua guru kelasnya dan juga guru besar sekolah.


Selesai majlis penyampaian, diadakan sesi fotografi secara perseorangan pula. Setelah tamat acara (tamat jam 9.45 pagi) dewan sekolah akan disusun, dikemas dan disapu oleh pelajar senior sendiri.

Kami percaya yang anugerah ini akan memberi semangat dan kegembiraan buat Along dalam menghadapi sesi persekolahannya. Ternyata kehadirannya yang tak sampai sebulan bersekolah serta keberanian dia menghadapi suasana serba baru amat dihargai oleh guru kelasnya sendiri.

Walaupun Along berseorangan (dia aje budak melayu kat sekolah tu), ternyata dia dapat menyesuaikan dirinya dengan baik di situ.

Syukur Alhamdulillah.

Saturday, August 9, 2008

Sebulan telah berlalu...

Begitu pantas masa berlalu.

Hari ini, genap sudah satu bulan kami sekeluarga di bumi Australia ini. Hari ini juga menandakan telah 3 minggu saya berdaftar sebagai pelajar PhD di ECU ini.

Setelah sebulan, kami rasa kehidupan kami adalah stabil, teratur dan selesa, berbanding ketika kami mula-mula sampai dahulu. Kami telah mempunyai kereta (terpakai, boleh la buat jalan..), rumah (harap dapat menyewa sehingga 3 tahun), Along telah pun seminggu bersekolah (kecuali Angah), dan Imah dapat menerima kenyataan yang dia kini adalah surirumah sepenuh masa!

Tumpuan utama saya kini adalah pengajian saya. Semoga ianya dipermudahkan Allah S.W.T.

Sunday, August 3, 2008

Bertambah Meriah



Orang putih kata, "the more, the merrier"

Benar. Bila bertambah ramai, bertambah meriah jadinya.

Bagi keluarga Malaysia yang baru sampai ke ECU ini pula, akan bertambah kuranglah beban yang perlu ditanggung oleh mereka.

Ini terjadi kepada kami sekeluarga. Ketika baru sampai ke Perth ni, manalah kami nak cari tempat tinggal, makan-minum dan segala serba-serbinya.

Mujur ada HP dan Wan (UPSI) (setahun di ECU) , S dan TZ sekeluarga (mereka dah 6 bulan di ECU). Mereka semua banyak membantu. Bermula dengan mencarikan rumah sementara, barangan keperluan dapur, daftar telefon, insuran OSHC, mencari kereta dan segalanya - merekalah yang membantu kami sekeluarga.

Begitulah yang dihadapi oleh S dan TZ ketika mereka sekeluarga mula-mula sampai dahulu. HP dan Wan lah yang membantu.

Selepas saya sekeluarga tiba, seminggu kemudian tiba Malar Villi (Jab Kimia Malaysia) sekeluarga dan selang seminggu selepas itu pula tiba Shikin dan keluarganya (UMT).

Dan sudah tentu pula giliran saya yang menolong mereka. Tetapi saya masih lagi dibantu oleh suami S dan TZ.

Malar Villi, merupakan pelajar PhD jurusan Kimia manakala Shikin (PhD Accounting) pula merupakan rakan sekelas saya untuk BSA 5101 (Research Methodology).

Bayangkan bila 7 sekeluarga ini bertemu. Riuh jadinya dengan hiruk-pikuk anak-anak kami.

Bila jauh di perantauan ni, merekalah sahabat dan mereka jugalah saudara..tempat bergantung harap.

Bagi mereka yang akan ke ECU untuk melanjutkan pelajaran mereka, janganlah risau! Insyaallah, kami yang ada ni akan membantu anda sekelurga....

Apalagi...jom ke ECU!!!

Thursday, July 31, 2008

Along ke Kinross Primary School


Along dan Mrs Felicity Scott di kelas TA14

Alhamdulilah.


Akhirnya Kak Long dapat didaftarkan di Kinross Primary School dan akan memulakan persekolahannya pada hari Isnin, 4 Ogos depan (setelah hampir sebulan tidak bersekolah! - 2 minggu di Malaysia dan 2 minggu di sini)

Logo Sekolah

Kak Long didaftarkan di kelas Year 2 (umur 7 tahun) di bawah seliaan Mrs Felicity Scott. Kami mendaftar pada hari semalamnya. Kami bernasib baik kerana masih ada kekosongan untuk kelas Year 2. Malangnya bagi kak Ngah.... tiada kekosongan untuk Kindy (umur 4 tahun). Walaubagaimanapun, kami telah mendaftarkan Kak Ngah untuk Pre-Primary untuk tahun depan (umur 5 tahun) di Kinross Primary School ini. Harapan kami untuk melihat mereka belajar di sekolah yang sana tidak kesampaian tahun ini. Nampaknya terpaksa mencari sekolah Kak Ngah di "suburb" lain yang berdekatan.
Petang tadi kami sekeluarga kembali ke Kinross Primary School untuk menyerahkan borang-borang yang telah disi dan bagi membeli uniform sekolah. Kenalah dalam AUD$117.00...

Yang mendebarkan, Kak Long diuji oleh Deputy Principal bagi mengetahui kemahiran pembacaan dan pemahaman English Language beliau. Alhamdulillah, dia dapat diterima masuk ke sekolah tersebut.

Kami amat berharap agar kedua-dua anak-anak kami dapat bersekolah di Kinross Primary Schooll kerana kerana jarak sekolah dan rumah kami teramat-amatlah dekat! - boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah!!!!
Kak Long nampak sungguh gembira dan teruja dengan perkembangan ini. Dah tak sabar dia nak bersekolah semula.
Harapan kami agar dia dapat menyesuiakan diri dengan persekitaran yang amat asing dan baru ini. Semoga Allah permudahkan dan berkati segala urusan kami sekeluarga.

Saturday, July 26, 2008

Rumah Baru di Kinross, W.A.

Alhamdulillah.

Setelah hampir dua minggu dan setelah beberapa rumah dikenalpasti, akhirnya kami telah mendapat rumah sendiri di Kinross Suburb (sebelum ini kami sekeluarga tinggal di Banksia Grove Suburb).

Pada hari Rabu yang lepas (23 Julai), saya menerima panggilan telefon dari Ejen Hartanah Pam Gray Estate - Ms Tanielle, mengatakan saya telah berjaya di dalam permohonan untuk rumah sewa tersebut.

Sememangnya ketika hari pemeriksaan rumah dibuat pada hari Jumaat sebelumnya, saya amat berharap dan seperti dapat merasakan yang saya akan mendapat rumah tersebut.

Ini kerana, sewa rumah ini amat-amat berpatutan dan di kira rendah berbanding rumah-rumah sewa yang lain. Rumah ini pula hanya ada 3 bilik dan 1 bilik air (berasingan dari bilik tidur utama - mungkin sebab ini yang OZ tak minat tu). Ditambah pula rumah ini terletak di kawasan yang sempit dan hanya mempunyai satu garaj kereta (kebiasaannya OZ lebih suka garaj yang memuatkan 2 kereta dan mempunyai laman yang luas).

Saya amat bersyukur dengan rezeki ini. Saya berharap agar kami dapat terus tinggal di rumah ini sehingga ke hujung tempoh pengajian saya nanti.

Tempoh sewaannya hanya 6 bulan dan boleh disambung sekiranya prestasi saya sebagai penyewa adalah cemerlang. Namun, sekiranya pemilik ingin mengambil balik atau menjual rumah tersebut kepada orang lain, jawapnya...cari rumah lain lagi la......

Mudah-mudahan tidak...Insyaallah.

(p/s- terima kasih kepada Halil, Shan, Zali, Sham dan Wan (UPSI) sekeluarga kerana membantu dalam urusan pemindahan tadi. Semoga kalian semua diberkati Allah.)

Friday, July 18, 2008

Seminggu Berlalu

Cuaca adalah masalah utama...

Ianya sememangnya amat berlainan sekali dengan Adelaide. Terlalu sejuk.
Yang baiknya Along dan Angah dapat menyesuaikan diri mereka dengan amat baik sekali. Tetapi tidak bagi kami dan adik bongsu mereka. Kalah teruk!!!!

Saya telah mendaftarkan diri pada hari Isnin (14 Julai), dengan ditemani oleh TZ. Kira daftar awal la ni. Dah dapat Kad Pelajar, Access Card dan Workstation sendiri.

Cuma sekarang kami masih lagi mencari-cari rumah. Rumah yang kami duduki sekarang hanyalah rumah sementara. Pemilik memberi tempoh sehingga Sept ini. Ini kerana beliau ingin berpindah ke rumah sendiri.

Untuk mencari rumah sewa di WA ini tidak semudah yang disangka. Kebanyakan pemilik rumah lebih suka mengunakan perkhidmatan "Real Estate Agent". Itu yang payah tu..

Pertamanya, kita perlu merujuk dimana-mana laman web yang mengiklankan rumah untuk disewa. Kemudian kita perlu berhubung / membuat pertemuan dengan ejen tersebut. Isi borang permohonan dan serahkan 1 minggu wang "holding deposit".

Seterusnya bertawakkal (sebabnya persaingannya amat sengit kerana terlalu ramai yang mencari rumah).... Sehingga kini, saya dah cuba 2 buah rumah. Kadar sewa adalah dalam sekitar AUD300 -AUD320 SEMINGGU... Ya, sememangnya amat mahal.

Bila dah dapat rumah, baru boleh kita daftarkan sekolah anak. Sebabnya disini, anak perlu bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan kawasan rumah.

Semoga Allah permudahkan urusan hidup kami...

Saturday, July 12, 2008

Dibumi Perth

Ketika ini kami di rumah S menggunakan kemudahan internetnya.

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Perth International Airport jam 3.20 pm. Kami disambut oleh HP, TZ dan S sekeluarga. Kini kami telah berada selama 3 hari di sini.

Rumah yang kami duduki ini hanya untuk sementara sahaja, hanya sehingga bulan Okt. Jadi, perlu cari rumah yang tetap selepas ini.

Suasana sememangnya jauh berbeza dari Malaysia. Harap kami sekeluarga dapat cepat menyesuaikan diri di negara kanggaru ini.

Cuacanya amat sejuk sekali. Walaupun tidak bersalji, namun sejuknya terutama pada waktu malam meyucuk hinga ke tulang.

Doakan kami semua selamat dan sihat sejahtera di sini.....