InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang saya akan membentangkan kertas kerja di 2009 Doctoral Colloquium in Accounting & Governance di UiTM Malaysia pada 15 Jun akan datang.
Sesi kolokium ini merupakan sebahagian daripada acara International Asia-Pacific Conference On Accounting and Financial Criminology 2009 anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Malaysia bersama Association of Certified Fraud Examiner, Malaysia Chapter (ACFE), University of Teesside dan MAREF, yang akan diadakan di Menara KL bermula dari 16 - 17 Jun berikutnya.
Berita tentang kolkium serta konferen ini telah diketahui sejak dari bulan Disember 2008 lagi dan saya telah berkira-kira untuk menyertainya setelah selesai membuat pembentangan cadangan penyelidikan PhD tempohari. Tambahan pula, tema bagi kolokium dan konferen tersebut amat bertepatan dengan tajuk penyelidikan PhD yang saya jalankan. Oleh itu masa yang ditunggu untuk menerima komen-komen dari penilai-penilai luar diluangkan dengan membuat satu kajian literatur, yang mana sebahagian dari fakta-faktanya diambil dari cadangan penyelidikan PhD untuk disampaikan di kolokium tersebut.
Waktunya amat bertepatan sekali, kerana cadangan penyelidikan pula telah pun diluluskan pada 9 April lalu, yang mana saya telah dibenarkan oleh pihak Ethics Committee untuk menjalankan kerja-kerja pencarian data. Dengan itu peluang kini terbuka untuk saya memulakan pilot study setelah selesai acara tersebut diadakan.
Bermula dengan beberapa susulan email, temujanji telah dibuat dengan kakitangan terlibat dari satu badan profesional yang mana ahlinya akan menjadi sampel penyelidikan. Sebelum itu, sedari bulan November 2008 lagi presiden badan tersebut telah dihubungi terlebih dahulu sebagai pengenalan dan bagi menerangkan tujuan penyelidikan ini dibuat. Selain dari pilot study tersebut, perbincangan akan dibuat dengan badan tersebut bagi merencanakan kerja-kerja pencarian data sebenar yang disasarkan pada bulan Ogos kelak.
Syukur alhamdulillah, segala apa yang dirancangkan bakal direalisasikan tidak lama lagi.
Semoga semuanya dipermudahkan dan dirahmati Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

All the best Syah. Kak Wan yg interview CEO said avoid Bulan Raya & October onwards. Always aim for earlier months in the year
ReplyDelete