The PhD journey has ended... : (

Thursday, July 31, 2008

Along ke Kinross Primary School


Along dan Mrs Felicity Scott di kelas TA14

Alhamdulilah.


Akhirnya Kak Long dapat didaftarkan di Kinross Primary School dan akan memulakan persekolahannya pada hari Isnin, 4 Ogos depan (setelah hampir sebulan tidak bersekolah! - 2 minggu di Malaysia dan 2 minggu di sini)

Logo Sekolah

Kak Long didaftarkan di kelas Year 2 (umur 7 tahun) di bawah seliaan Mrs Felicity Scott. Kami mendaftar pada hari semalamnya. Kami bernasib baik kerana masih ada kekosongan untuk kelas Year 2. Malangnya bagi kak Ngah.... tiada kekosongan untuk Kindy (umur 4 tahun). Walaubagaimanapun, kami telah mendaftarkan Kak Ngah untuk Pre-Primary untuk tahun depan (umur 5 tahun) di Kinross Primary School ini. Harapan kami untuk melihat mereka belajar di sekolah yang sana tidak kesampaian tahun ini. Nampaknya terpaksa mencari sekolah Kak Ngah di "suburb" lain yang berdekatan.
Petang tadi kami sekeluarga kembali ke Kinross Primary School untuk menyerahkan borang-borang yang telah disi dan bagi membeli uniform sekolah. Kenalah dalam AUD$117.00...

Yang mendebarkan, Kak Long diuji oleh Deputy Principal bagi mengetahui kemahiran pembacaan dan pemahaman English Language beliau. Alhamdulillah, dia dapat diterima masuk ke sekolah tersebut.

Kami amat berharap agar kedua-dua anak-anak kami dapat bersekolah di Kinross Primary Schooll kerana kerana jarak sekolah dan rumah kami teramat-amatlah dekat! - boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah!!!!
Kak Long nampak sungguh gembira dan teruja dengan perkembangan ini. Dah tak sabar dia nak bersekolah semula.
Harapan kami agar dia dapat menyesuiakan diri dengan persekitaran yang amat asing dan baru ini. Semoga Allah permudahkan dan berkati segala urusan kami sekeluarga.

Saturday, July 26, 2008

Rumah Baru di Kinross, W.A.

Alhamdulillah.

Setelah hampir dua minggu dan setelah beberapa rumah dikenalpasti, akhirnya kami telah mendapat rumah sendiri di Kinross Suburb (sebelum ini kami sekeluarga tinggal di Banksia Grove Suburb).

Pada hari Rabu yang lepas (23 Julai), saya menerima panggilan telefon dari Ejen Hartanah Pam Gray Estate - Ms Tanielle, mengatakan saya telah berjaya di dalam permohonan untuk rumah sewa tersebut.

Sememangnya ketika hari pemeriksaan rumah dibuat pada hari Jumaat sebelumnya, saya amat berharap dan seperti dapat merasakan yang saya akan mendapat rumah tersebut.

Ini kerana, sewa rumah ini amat-amat berpatutan dan di kira rendah berbanding rumah-rumah sewa yang lain. Rumah ini pula hanya ada 3 bilik dan 1 bilik air (berasingan dari bilik tidur utama - mungkin sebab ini yang OZ tak minat tu). Ditambah pula rumah ini terletak di kawasan yang sempit dan hanya mempunyai satu garaj kereta (kebiasaannya OZ lebih suka garaj yang memuatkan 2 kereta dan mempunyai laman yang luas).

Saya amat bersyukur dengan rezeki ini. Saya berharap agar kami dapat terus tinggal di rumah ini sehingga ke hujung tempoh pengajian saya nanti.

Tempoh sewaannya hanya 6 bulan dan boleh disambung sekiranya prestasi saya sebagai penyewa adalah cemerlang. Namun, sekiranya pemilik ingin mengambil balik atau menjual rumah tersebut kepada orang lain, jawapnya...cari rumah lain lagi la......

Mudah-mudahan tidak...Insyaallah.

(p/s- terima kasih kepada Halil, Shan, Zali, Sham dan Wan (UPSI) sekeluarga kerana membantu dalam urusan pemindahan tadi. Semoga kalian semua diberkati Allah.)

Tuesday, July 22, 2008

ECU Orientation Day

Bermula dari tarikh pendaftaran pada 17 Julai yang lalu, ECU telah merangka beberapa program/aktiviti bagi memperkenalkan kemudahan yang dapat diberikan kepada pelajar-pelajar baru.

Program orientasi tersebut berlangsung sehingga 26 Julai ini. Ianya adalah seperti berikut:
  1. Living in Perth (perihal visa, insuran kesihatan, tempat tinggal, kerja sampingan dsbnya)
  2. Library/IT session (pengenalan kpd laman web dan laman pautan ECU)
  3. Academic Skills session (perihal penulisan, plagiarisme, rujukan, pembelajaran efektif dsbnya)
  4. Library Tours (perihal kemudahan perpustakaan mereka - it's amazing!!!!)
  5. Using Library Resources (again..it truly amazed me)
  6. Welcome Day Launch Event (dirasmikan oleh VC ECU, Prof Kerry O. Cox)

Program selama 10 hari (17 - 26 Julai) tersebut dibuat secara ulangan (ada 3 sesi setiap satu). Ini memudahkan pelajar baru merangka program yang mana ingin mereka ikuti dahulu. Seperti saya, saya pilih program di waktu pagi sahaja, kerana ianya tidak mengganggu waktu sembahyang saya, (pukul 12.30 dah zohor, 3.25 dah asar) dan saya ada kesempatan untuk membuat temujanji dengan ejen hartanah (bagi membuat house viewing session), sekiranya perlu.

Sememangnya, program mereka amat baik sekali. Dan sudah tentu saya terkesima dengan kemudahan library dan online database mereka. Ini sesuatu yang akan saya gunakan dengan sepenuhnya.......

Kalau dilihat, semua program dilakukan secara bersantai sahaja dan biasalah...akan diselangi dengan sesi nyanyian atau band undangan. Itu cara mereka.

Ini membuatkan saya sentiasa teringat cara orientasi yang dilakukan oleh pihak UiTM. Itulah cara kita dan sememangnya cara yang amat molek dan terbaik.

UiTM, tetap di hatiku!!!!

Friday, July 18, 2008

Seminggu Berlalu

Cuaca adalah masalah utama...

Ianya sememangnya amat berlainan sekali dengan Adelaide. Terlalu sejuk.
Yang baiknya Along dan Angah dapat menyesuaikan diri mereka dengan amat baik sekali. Tetapi tidak bagi kami dan adik bongsu mereka. Kalah teruk!!!!

Saya telah mendaftarkan diri pada hari Isnin (14 Julai), dengan ditemani oleh TZ. Kira daftar awal la ni. Dah dapat Kad Pelajar, Access Card dan Workstation sendiri.

Cuma sekarang kami masih lagi mencari-cari rumah. Rumah yang kami duduki sekarang hanyalah rumah sementara. Pemilik memberi tempoh sehingga Sept ini. Ini kerana beliau ingin berpindah ke rumah sendiri.

Untuk mencari rumah sewa di WA ini tidak semudah yang disangka. Kebanyakan pemilik rumah lebih suka mengunakan perkhidmatan "Real Estate Agent". Itu yang payah tu..

Pertamanya, kita perlu merujuk dimana-mana laman web yang mengiklankan rumah untuk disewa. Kemudian kita perlu berhubung / membuat pertemuan dengan ejen tersebut. Isi borang permohonan dan serahkan 1 minggu wang "holding deposit".

Seterusnya bertawakkal (sebabnya persaingannya amat sengit kerana terlalu ramai yang mencari rumah).... Sehingga kini, saya dah cuba 2 buah rumah. Kadar sewa adalah dalam sekitar AUD300 -AUD320 SEMINGGU... Ya, sememangnya amat mahal.

Bila dah dapat rumah, baru boleh kita daftarkan sekolah anak. Sebabnya disini, anak perlu bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan kawasan rumah.

Semoga Allah permudahkan urusan hidup kami...

Saturday, July 12, 2008

Dibumi Perth

Ketika ini kami di rumah S menggunakan kemudahan internetnya.

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Perth International Airport jam 3.20 pm. Kami disambut oleh HP, TZ dan S sekeluarga. Kini kami telah berada selama 3 hari di sini.

Rumah yang kami duduki ini hanya untuk sementara sahaja, hanya sehingga bulan Okt. Jadi, perlu cari rumah yang tetap selepas ini.

Suasana sememangnya jauh berbeza dari Malaysia. Harap kami sekeluarga dapat cepat menyesuaikan diri di negara kanggaru ini.

Cuacanya amat sejuk sekali. Walaupun tidak bersalji, namun sejuknya terutama pada waktu malam meyucuk hinga ke tulang.

Doakan kami semua selamat dan sihat sejahtera di sini.....

Tuesday, July 8, 2008

An Email from Kak Sha

Kak Sha...a postgrad student in ECU since Feb 2008. Here is her email advising me on things to be done/prepared for coming to Australia....

salam,
Well, as promised brg yg perlu bawa.
1. ubat demam, selsema and batuk untuk setiap anak with prescription from the dr. (suruh Dr scrible aje) Ubat2 tu tadi wrap elok2 letak dalam bag besar jgn hand lugguge. Semua bahan2 cecair jgn bawa hand lugguge. Semua dalam bag besar. New rule of MAS. Berat setiap bag jgn exceed 30kg.Ni pun ruling MAS.
2. semua sijil yg ada termasuk sijil nikah, surat beranak anak2 and cert. (termasuk yg translate)
3. Brg letrik rice cooker, iron, blender and kettle (sini mahal)
4. Baju sejuk2 anak2 and appropriate dress for children (x payah banyak boleh beli kat garage sale).
5. Bawa le seliper dari sana. (sini mahal yg tak berbaloi beli)
6. ubat2 panas, minyak angin, gamat dan sewaktu dengannya.
7. Susu anak bawa la 2 tin Besar (declare aje masa sampai, they all ok provided jgn buka mesti yg baru)
8. Jgn bawa apa makanan dari malaysia.(kering or basah)
9. Jgn risau sini banyak Oriental market.
10. ubat gigi, berus gigi kalau boleh beli bayak2 kat malaysia and bawa sini. Sini bukan apa bulu berus tu yg risau.
11.Anak2 make sure ada stokin yg tebal ye. By the time you all sampai dah peak sejuk.
12. Alamat rumah yg bakal you all duduk untuk Julai - Sept - No XXXXXXXX. 4 bilik besar juga la. K Sha dah cakap dengan tuan rumah. Dia kata if you all tak dapat rumah by Sept you all boleh duduk sampai Nov. Nak cari rumah yg sesuai and dekat dengan uni memang susah.........but tak pe kita worry later. Sewa AUD320/wk.........setakat yg k sha tau la. Kat sini sewa dah mahal. Compare dengan Melbourne, kita mahal lagi.

Ada apa2 lagi yg you all nak tahu? K Sha cuba jawab. Actually, Syahrul, kalau you boleh sampai hari Sabtu memang cantik sebab we all semua free masa tu. But kalau tak boleh ubah, nak buat mcmana............kita tgk siapa yg free masa tu. Masalah K Sha and Tuan Zainun hubby we all kerja masa tu. halil.....masa tu pun dia kerja........yg tak buat apa2 Wan kawan dari UPSI............but gkla macamana..........kita org akan bersidang lagi sekali.

Okay la Syahrul, kirim salam buat Imah.

Truly, a friend in need is a friend indeed.....

Thanks Kak Sha!

Saturday, July 5, 2008

An Email from Supervisor (24.6)

Hi Syahrul

When are you getting here? Will Rahimah be coming too? I look forward to seeing you all! ........


Malcolm

Some how I started to have mixed feelings about this. Is this for real???

As I've said previously...there is no turning back!!!

I need to face it...

Friday, July 4, 2008

Final Preparations

Everything seems to be in order. For now...

Though our preparations went to a halt for quite some time (due to my eldest daughter were admitted at Pantai Hospital, Air Keroh, Melaka), we managed to picked up the momentum and trying very hard to ensure every single thing is not being missed out.

Scholarship Allowances

I've collected my first 3 months' scholarship allowance today at MOHE's office in Putrajaya. Earlier than that, I have also received the first 3 months' family allowance from UiTM. The next thing is to convert it into Australian Dollars.

Parcels

We've sent 5 parcels to Perth last week through air mail. Yup, it's costly as compared to service by sea mail. Time is essence at this moment. It only took 5 days for the parcels to reach HP's house in Merriwa, W.A. (for sea mail, it will arrived in 2 months). We need to abide to POS Malaysia's parcel specifications.

Air Tickets

Tickets flight have also been confirmed. It's MH 0125, departs at 9.40 am, Thursday, 10th July. I've also booked the seating arrangement with MAS office in KLIA so that the family can get a good view in the plane. Heck...this is their first flight experience!!! My children are excited and thrilled about this....

Tax Clearance

It's settled. We have to personally come to IRB office in Sg Abong, Muar Johor to submit our CP 21 form. The IRB officer in charge of our files have indicated that we will not be chargeable for income tax this year.

Well, that's the beauty for paying the tithes.

International Driving Permits

We have both applied for it at RTD office in Muar, Johor. It cost us RM150 each for the permit which valid only for 1 year. So, we have to renew it each year. The RTD officer mentioned that we may ask our relatives' assistance to renew it for our own behalf.

My Car

We thought that we were able to sell off the car. Yes, it does draw a lot of interest from potential buyers. But, it had caught the attention of one particular buyer, a close friend of us.

But at the very last moment, the buyer decided to cancel it (I've spent RM700 having it auto detailed at Cars International...and another RM500 a month before that!!!).

The option was, to transfer the car ownership to my father temporally, while we were away.

It seems that me and my Honda are inseparable!!!