Bahan bacaan seperti akhbar-akhbar komuniti mudah didapati dan merupakan antara bahan bacaan percuma setiap minggu. Akhbar seperti North Coast Times (setiap Selasa) dan Weekender (setiap Jumaat) sudah mencukupi untuk kita mengetahui hal berita tempatan (WA) dan luar negeri (interstate). Ianya juga lengkap dengan rancangan tv untuk seminggu, iklan pekerjaan dan berita atau notis dari pihak berkuasa tempatan melalui laman City of Joondalup dan City of Wanneroo.
Semakin lama kita membacanya, semakin kita mengetahui perihal dan permasalahan sosial yang dihadapi oleh rakyat tempatan. Masalah sosial seperti grafiti, pecah rumah, arak dan dadah, rempit (hoon - mat rempit dipanggil hooners) adalah antara masalah utama. Isu global seperti masalah kemeleseten ekonomi, virus 'swine flu' serta politik juga ada diketengahkan.

Terdapat juga akhbar Real Estate WA sesuai bagi rakyat tempatan yang ingin mencari serta memiliki hartanah di WA ini. Ianya menyenaraikan pelbagai jenis rumah yang ingin dijual oleh para ejen di setiap suburb di WA. Terdapat laman 'Trade Business' bagi memudahkan kita mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti lanskap, kolam renang, paip, air panas, gas, pendawaian, tukang kayu, dsbnya, sekiranya memerlukan.
Bagi Muslim pula, akhbar bulanan Crescent Times boleh didapati secara percuma di setiap masjid di WA. Maklumat seperti waktu sembahyang bulanan, kedai makanan halal, serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh umat Islam boleh diketahui. Isu-isu temapatan serta aktiviti yang melibatkan para Muslim disekitar WA ini ada diketengahkan.

Katalog juga tidak terkecuali. Setiap minggu pelbagai katalog perniagaan memenuhi ruang peti surat kami. Katalog seperti Good Guys, Retravision, Harvey Norman, Big W, K-Mart adalah antara yang kami tunggu-tunggu. Ada sahaja barangan menarik yang dijual dengan harga amat berpatutan terutama jika jualan murah sempena musim perayaan. Ini tidak bermakna kami sekeluarga berbelanja sakan sepanjang masa!! Kami lebih banyak memantau produk serta harga sambil menunggu waktu yang amat sesuai (belanja sakan bila nak balik 'for good' nanti). PS3 serta correle dan pryrex sudah pasti...

Tapi, sebagai peminat dua roda, untuk mengetahui maklumat jentera motor ni terpaksalah beli!
Majalah Two Wheels adalah majalah utama saya di sini. Di Malaysia, harga nya amatlah mahal, hampir RM30 harganya. Di sini, harganya cuma AUD8.95.
Kalau di Malaysia, Roda-Roda adalah pilihan utama. Harganya cuma RM4.50 sahaja. Two Wheels merupakan terbitan Australia yang mengendalikan pandu uji serta ruang iklan bagi pelbagai aksesori motorsikal berkuasa tinggi.
Usahlah dibandingkan harga motor-motor di sini... menyakitkan hati aje. Tapi setelah mencongak-congak, macam "hmm...hmmm" ....
Apa-apapun, biarlah rahsia!!

No comments:
Post a Comment