1. Kepulangan (Selasa, 4 Ogos 2009)
Penerbangan pulang dijadualkan pada jam 6.50 pagi waktu tempatan. Keluar rumah di Kinross seawal jam 4.00 pagi bersama dengan sebuah kereta lagi yang dipandu oleh rakan.
Sengaja pilih penerbangan semasa hari bekerja, kerana kebiasaannya bilangan penumpang tidaklah begitu ramai. Dengan adanya banyak tempat duduk yang kosong, ini merupakan satu kenikmatan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil seperti kami ini.
Gambar bawah pula setelah beberapa jam penerbangan. Along baring (selimut merah) di kerusi di depan Angah. Biasalah dia ni, asal jalan jauh aje mabuk. Dah dekat-dekat sampai muntah pulak. Sebelum tu, dia pening-pening dan loya. Akibatnya, kat LCCT, dia tak lepas penyaringan kerana disyaki demam. Namun setelah dibuat pemeriksaan lanjut, doktor lepaskan. Lega!
Gambar di bawah bersama atuk kesayangan sejurus keluar dari dewan ketibaan.
2. Riadah
Sampai aje kami terus check-in di Hotel DePalma Sepang yang merupakan hotel kegemaran anak-anak. Sebab utamanya, bilik Family Room berhadapan dengan kolam mandi. Kesempatan ini diambil, memandangkan bulan puasa bakal menjelma dan Imah pula akan memulakan kursus BTNnya di Kem Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 6 Ogos (dua hari selepas ketibaan kami).

No comments:
Post a Comment