The PhD journey has ended... : (

Thursday, July 31, 2008

Along ke Kinross Primary School


Along dan Mrs Felicity Scott di kelas TA14

Alhamdulilah.


Akhirnya Kak Long dapat didaftarkan di Kinross Primary School dan akan memulakan persekolahannya pada hari Isnin, 4 Ogos depan (setelah hampir sebulan tidak bersekolah! - 2 minggu di Malaysia dan 2 minggu di sini)

Logo Sekolah

Kak Long didaftarkan di kelas Year 2 (umur 7 tahun) di bawah seliaan Mrs Felicity Scott. Kami mendaftar pada hari semalamnya. Kami bernasib baik kerana masih ada kekosongan untuk kelas Year 2. Malangnya bagi kak Ngah.... tiada kekosongan untuk Kindy (umur 4 tahun). Walaubagaimanapun, kami telah mendaftarkan Kak Ngah untuk Pre-Primary untuk tahun depan (umur 5 tahun) di Kinross Primary School ini. Harapan kami untuk melihat mereka belajar di sekolah yang sana tidak kesampaian tahun ini. Nampaknya terpaksa mencari sekolah Kak Ngah di "suburb" lain yang berdekatan.
Petang tadi kami sekeluarga kembali ke Kinross Primary School untuk menyerahkan borang-borang yang telah disi dan bagi membeli uniform sekolah. Kenalah dalam AUD$117.00...

Yang mendebarkan, Kak Long diuji oleh Deputy Principal bagi mengetahui kemahiran pembacaan dan pemahaman English Language beliau. Alhamdulillah, dia dapat diterima masuk ke sekolah tersebut.

Kami amat berharap agar kedua-dua anak-anak kami dapat bersekolah di Kinross Primary Schooll kerana kerana jarak sekolah dan rumah kami teramat-amatlah dekat! - boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah!!!!
Kak Long nampak sungguh gembira dan teruja dengan perkembangan ini. Dah tak sabar dia nak bersekolah semula.
Harapan kami agar dia dapat menyesuiakan diri dengan persekitaran yang amat asing dan baru ini. Semoga Allah permudahkan dan berkati segala urusan kami sekeluarga.

3 comments:

  1. Selamat belajar di sekolah baru untuk Kak Long dan ayahnya juga. Semoga cuti sebulan tidak mematahkan semangatnya untuk cemerlang di sana.

    ReplyDelete
  2. Syahrul,

    I saw your parcel from Emerald UK ada terselit dalam kotak surat pelajar kat fakulti Shah Alam. Rasanya a copy of journal yang you terbitkan. U nak I tolong simpankan utk U ke?

    Intan

    ReplyDelete
  3. En Halim,

    Terima kasih. Along tu teruja, ayahnya pula yang kecut perut. Boleh ke anak aku sesuaikan diri di sekolah ni???

    Intan,

    Terima kasih juga. Mohon bukakan bungkusan tu dan maklumkan kandungannya kepada saya. Email saya - rmysaba@yahoo.com

    ReplyDelete