Alhamdulillah.
Setelah hampir dua minggu dan setelah beberapa rumah dikenalpasti, akhirnya kami telah mendapat rumah sendiri di Kinross Suburb (sebelum ini kami sekeluarga tinggal di Banksia Grove Suburb).
Pada hari Rabu yang lepas (23 Julai), saya menerima panggilan telefon dari Ejen Hartanah Pam Gray Estate - Ms Tanielle, mengatakan saya telah berjaya di dalam permohonan untuk rumah sewa tersebut.
Sememangnya ketika hari pemeriksaan rumah dibuat pada hari Jumaat sebelumnya, saya amat berharap dan seperti dapat merasakan yang saya akan mendapat rumah tersebut.
Ini kerana, sewa rumah ini amat-amat berpatutan dan di kira rendah berbanding rumah-rumah sewa yang lain. Rumah ini pula hanya ada 3 bilik dan 1 bilik air (berasingan dari bilik tidur utama - mungkin sebab ini yang OZ tak minat tu). Ditambah pula rumah ini terletak di kawasan yang sempit dan hanya mempunyai satu garaj kereta (kebiasaannya OZ lebih suka garaj yang memuatkan 2 kereta dan mempunyai laman yang luas).
Saya amat bersyukur dengan rezeki ini. Saya berharap agar kami dapat terus tinggal di rumah ini sehingga ke hujung tempoh pengajian saya nanti.
Tempoh sewaannya hanya 6 bulan dan boleh disambung sekiranya prestasi saya sebagai penyewa adalah cemerlang. Namun, sekiranya pemilik ingin mengambil balik atau menjual rumah tersebut kepada orang lain, jawapnya...cari rumah lain lagi la......
Mudah-mudahan tidak...Insyaallah.
(p/s- terima kasih kepada Halil, Shan, Zali, Sham dan Wan (UPSI) sekeluarga kerana membantu dalam urusan pemindahan tadi. Semoga kalian semua diberkati Allah.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Alhamdulillah Syahrul,
ReplyDeleteSebahagian dari masalah telah selesai.