Sebelum ini, melalui seorang rakan- HP, sememangnya saya telah sedia maklum dengan cara sekolah di sini yang akan menganugerahkan sijil bagi pelajar mereka yang berjaya atau cemerlang di dalam pelbagai perkara.
Menariknya, ianya bukan hanya kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi di atas pelbagai daya usaha yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut yang telah dikenalpasti dan diunjurkan oleh guru kelas mereka sendiri. Sebagai contoh, terdapat anugerah untuk pelajar yang rajin bertanya, yang giat menjaga kebersihan persekitaran sekolah, dan pelbagai lagi yang tak terfikir oleh diri saya sendiri.
Pada keesokkan harinya, kami ke sekolah untuk menghadiri acara tersebut. Ianya dimulakan dengan persembahan dari kelas Year 1, TA7. Menariknya, walaupun pada hari bekerja, (bermula pada jam 8.40 pagi) ramai ibubapa yang hadir!
Persembahan nyanyian oleh kumpulan Year 1 itu diselangseli dengan pemberian sijil "Merit Certificate" untuk pelajar-pelajar junior dan senior. Terdapat 4 lagu yang dinyanyikan termasuk lagu kebangsaan Australia. Di akhir majlis, guru besar, Mr Kevin Brennan memberikan ucapannya.
Ramai juga pelajar sekolah tersebut dianugerahkan sijil dipelbagai kategori pada hari itu. Setelah nama Along diumumkan, barulah saya tahu kategorinya. Sijil itu tertulis, "FOR: Settling so beautifully into class and trying her hardest in all you do. I love your smile, Izzati!" Sijil itu ditandatangani oleh dua guru kelasnya dan juga guru besar sekolah.
Selesai majlis penyampaian, diadakan sesi fotografi secara perseorangan pula. Setelah tamat acara (tamat jam 9.45 pagi) dewan sekolah akan disusun, dikemas dan disapu oleh pelajar senior sendiri.
Kami percaya yang anugerah ini akan memberi semangat dan kegembiraan buat Along dalam menghadapi sesi persekolahannya. Ternyata kehadirannya yang tak sampai sebulan bersekolah serta keberanian dia menghadapi suasana serba baru amat dihargai oleh guru kelasnya sendiri.
Walaupun Along berseorangan (dia aje budak melayu kat sekolah tu), ternyata dia dapat menyesuaikan dirinya dengan baik di situ.
Syukur Alhamdulillah.

congrats to u n ur amirah izzati!! :)
ReplyDeleteEn Syahrul,
ReplyDeletebest'y en dapat study kat overseas...
mesti en terharu bile ur own daughter dapat sijil tu...
anyway, congrats en...
Atasha Ahmad
B.acc Part 8
En Syahrul,
ReplyDeletebest'y en dapat study kat overseas...
mesti en terharu bile ur own daughter dapat sijil tu...
anyway, congrats en...
Atasha Ahmad
B.acc Part 8
teringat ketika belajar di melbourne dulu.
ReplyDelete