
Orang putih kata, "the more, the merrier"
Benar. Bila bertambah ramai, bertambah meriah jadinya.
Bagi keluarga Malaysia yang baru sampai ke ECU ini pula, akan bertambah kuranglah beban yang perlu ditanggung oleh mereka.
Ini terjadi kepada kami sekeluarga. Ketika baru sampai ke Perth ni, manalah kami nak cari tempat tinggal, makan-minum dan segala serba-serbinya.
Mujur ada HP dan Wan (UPSI) (setahun di ECU) , S dan TZ sekeluarga (mereka dah 6 bulan di ECU). Mereka semua banyak membantu. Bermula dengan mencarikan rumah sementara, barangan keperluan dapur, daftar telefon, insuran OSHC, mencari kereta dan segalanya - merekalah yang membantu kami sekeluarga.
Begitulah yang dihadapi oleh S dan TZ ketika mereka sekeluarga mula-mula sampai dahulu. HP dan Wan lah yang membantu.
Selepas saya sekeluarga tiba, seminggu kemudian tiba Malar Villi (Jab Kimia Malaysia) sekeluarga dan selang seminggu selepas itu pula tiba Shikin dan keluarganya (UMT).
Dan sudah tentu pula giliran saya yang menolong mereka. Tetapi saya masih lagi dibantu oleh suami S dan TZ.
Malar Villi, merupakan pelajar PhD jurusan Kimia manakala Shikin (PhD Accounting) pula merupakan rakan sekelas saya untuk BSA 5101 (Research Methodology).
Bayangkan bila 7 sekeluarga ini bertemu. Riuh jadinya dengan hiruk-pikuk anak-anak kami.
Bila jauh di perantauan ni, merekalah sahabat dan mereka jugalah saudara..tempat bergantung harap.
Bagi mereka yang akan ke ECU untuk melanjutkan pelajaran mereka, janganlah risau! Insyaallah, kami yang ada ni akan membantu anda sekelurga....
Apalagi...jom ke ECU!!!

No comments:
Post a Comment