Cuaca adalah masalah utama...
Ianya sememangnya amat berlainan sekali dengan Adelaide. Terlalu sejuk.
Yang baiknya Along dan Angah dapat menyesuaikan diri mereka dengan amat baik sekali. Tetapi tidak bagi kami dan adik bongsu mereka. Kalah teruk!!!!
Saya telah mendaftarkan diri pada hari Isnin (14 Julai), dengan ditemani oleh TZ. Kira daftar awal la ni. Dah dapat Kad Pelajar, Access Card dan Workstation sendiri.
Cuma sekarang kami masih lagi mencari-cari rumah. Rumah yang kami duduki sekarang hanyalah rumah sementara. Pemilik memberi tempoh sehingga Sept ini. Ini kerana beliau ingin berpindah ke rumah sendiri.
Untuk mencari rumah sewa di WA ini tidak semudah yang disangka. Kebanyakan pemilik rumah lebih suka mengunakan perkhidmatan "Real Estate Agent". Itu yang payah tu..
Pertamanya, kita perlu merujuk dimana-mana laman web yang mengiklankan rumah untuk disewa. Kemudian kita perlu berhubung / membuat pertemuan dengan ejen tersebut. Isi borang permohonan dan serahkan 1 minggu wang "holding deposit".
Seterusnya bertawakkal (sebabnya persaingannya amat sengit kerana terlalu ramai yang mencari rumah).... Sehingga kini, saya dah cuba 2 buah rumah. Kadar sewa adalah dalam sekitar AUD300 -AUD320 SEMINGGU... Ya, sememangnya amat mahal.
Bila dah dapat rumah, baru boleh kita daftarkan sekolah anak. Sebabnya disini, anak perlu bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan kawasan rumah.
Semoga Allah permudahkan urusan hidup kami...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

InsyaAllah dapat la tu...
ReplyDeleteTuhan akan tolong. Amin
Syahrul,
ReplyDeleteKami di sini tolong sama doakan
pelan2 shahrul...
ReplyDeleteCuba jugak dgn puak2 kita kat mosque because kalu ada potential lanlord muslim biasanya they prefer muslim tenants jugak (it happened to us)..saingan dgn OZ mcm KIWI kat sini lah...kalu bersaing dgn depa memang kita payah nak menang apatah lagi kita dgn anak2 kecik. Anyway..moga dipermudahkanNya