Di Segamat, hari minggu tentunya merupakan hari bersantai bersama keluarga. Kalau tidak ke Pontian atau Melaka (untuk balik kampung) ataupun tidak bershopping di bandar Melaka, maka kami berjalan di sekitar Segamat sahaja.
Jadualnya amat mudah. Sarapan pagi di kedai soto Kg Jawa atau kedai nasi lemak di Taman Bendahara, ataupun di kedai roti canai di depan Poliklinik Segamat. Selesai bersarapan, kami ke taman permainan kanak-kanak di Batu Hampar Segamat (rutin tetap - sebab tempat kesukaan anak2 saya tu).
Setelah penat bermain, barulah ke pasar atau Giant Segamat untuk membeli barangan keperluan rumah.
Di sini (Kinross) rutinnya berubah. Sekadar bersarapan di rumah (nak sarap kat mana lagi...). Kemudian keluar menuju dari satu suburb ke satu suburb yang lain, rumah ke rumah mencari barangan di "garage sales". Kalau masa awal dulu mencari katil, sofa, meja makan dan barangan rumah. Sekarang sekadar mencari barangan kecilan seperti DVD movies, TV, barangan permainan kanak2 dll.
Selang dua minggu (kalau boleh nak selang sebulan tuuu) kami akan membeli barangan keperluan rumah di Wanneroo Market (Wanneroo suburb) untuk membeli buah2an, sayuran, dan ikan segar (murahlah sikit dari bershopping di Coles, Woolworth, IGA tu). Kemudian bergerak ke Girrawheen (untuk membeli daging ayam dan lembu halal) dan terus ke Maranggaroo untuk ke pasar oriental bagi membeli barangan asian (spt kicap kipas udang, mamee, sos maggi dsbnya).
Kalau ke shopping center di Joondalup tu tak de apa sangat. Di Malaysia berkali ganda lebih hebat (lagipun barangnya mahallllll pada kami ni).
Di musim winter ni, kami belum lagi berkesempatan berjalan ke tempat2 menarik di W.A ni.
Tengoklah di masa spring nanti.
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

erm....satu lagi chapter baru dalam hidup, hehe, pengalaman yang tak boleh dibeli!
ReplyDelete(byk pilihan kat malaysia ni yang susah sangat nak kurus ni...hehe...hmmmalasan lagi)
Selamat berpuasa. Kirim salam pada imah, seronok puasa time winter!!