
Angah (baju kuning- separuh gambar) Along (baju biru) Adik (baju pink- belakang)

Bersama-sama 4 keluarga Malaysia yang lain, S (UiTM), TZ(UiTM), Wan (UPSI), Shikin (UMT), kami berkelah di Neil Hawkins Park berdekatan dengan Lake Joondalup.
Taman tersebut penuh dengan itik-itik dan burung eksotik liar yang telah biasa dengan kehadiran manusia. Apalagi, bagi anak-anak ianya satu pengalaman yang amat menarik kerana dapat memberi sendiri makanan pada burung dan itik liar tersebut.
Tedapat juga padang permainan kanak-kanak yang berhampiran. Setelah sebulan di sini, barulah Along, Angah dan Adik dapat melepaskan dendam kesumat mereka.
Menariknya, terdapat papan tanda yang melarang pemilik membawa anjing peliharaan mereka ke taman tersebut (lega - tapi mat saleh ni ada gak yang degil).
Anak-anak kami dah ada "port" mereka yang baru di sini. Nampak gayanya ianya akan menjadi rutin mingguan yang tetap untuk mereka.

Syah,
ReplyDeleteMacam biasa je nama-nama tempat yang disebutkan tu.
En Halim...tak nak mai lagi ke sini ke?? Jenguk2 tempat lama.
ReplyDeleteSyahrul,
ReplyDeleteBila agaknya kak sha nak gemuk sikit... kurus jugak dia.
Dr Intan,
ReplyDeletelepas candidature kut....
Syahrul,
ReplyDeleteI dah buka parcel U. Ada satu full jurnal dan juga 5 copies of your article. So, bila-bila balik Malaysia boleh le collect kat I.
wah encik.adik sudah besar.last time i saw her, she was still few mths old.hopefully you and your family are doing fine over there:)
ReplyDeleterehan.