The PhD journey has ended... : (

Tuesday, July 22, 2008

ECU Orientation Day

Bermula dari tarikh pendaftaran pada 17 Julai yang lalu, ECU telah merangka beberapa program/aktiviti bagi memperkenalkan kemudahan yang dapat diberikan kepada pelajar-pelajar baru.

Program orientasi tersebut berlangsung sehingga 26 Julai ini. Ianya adalah seperti berikut:
  1. Living in Perth (perihal visa, insuran kesihatan, tempat tinggal, kerja sampingan dsbnya)
  2. Library/IT session (pengenalan kpd laman web dan laman pautan ECU)
  3. Academic Skills session (perihal penulisan, plagiarisme, rujukan, pembelajaran efektif dsbnya)
  4. Library Tours (perihal kemudahan perpustakaan mereka - it's amazing!!!!)
  5. Using Library Resources (again..it truly amazed me)
  6. Welcome Day Launch Event (dirasmikan oleh VC ECU, Prof Kerry O. Cox)

Program selama 10 hari (17 - 26 Julai) tersebut dibuat secara ulangan (ada 3 sesi setiap satu). Ini memudahkan pelajar baru merangka program yang mana ingin mereka ikuti dahulu. Seperti saya, saya pilih program di waktu pagi sahaja, kerana ianya tidak mengganggu waktu sembahyang saya, (pukul 12.30 dah zohor, 3.25 dah asar) dan saya ada kesempatan untuk membuat temujanji dengan ejen hartanah (bagi membuat house viewing session), sekiranya perlu.

Sememangnya, program mereka amat baik sekali. Dan sudah tentu saya terkesima dengan kemudahan library dan online database mereka. Ini sesuatu yang akan saya gunakan dengan sepenuhnya.......

Kalau dilihat, semua program dilakukan secara bersantai sahaja dan biasalah...akan diselangi dengan sesi nyanyian atau band undangan. Itu cara mereka.

Ini membuatkan saya sentiasa teringat cara orientasi yang dilakukan oleh pihak UiTM. Itulah cara kita dan sememangnya cara yang amat molek dan terbaik.

UiTM, tetap di hatiku!!!!

2 comments:

  1. Selamat berorientasi dan selamat menempuhi hidup sebagai pelajar ...

    Kirim salam kat semua...

    ReplyDelete
  2. Syahrul,

    All the best. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete