International Conference in Business and Economic Research (ICBER)Hilton Hotel, Kuching Sarawak
15-16 March 2010
Ini merupakan kali pertama saya akan ke Kuching, Sarawak. Konferen ini bakal dianjurkan oleh Global Research Agency.
Kesempatan untuk menulis artikel ini diambil ketika menunggu-nunggu respon balasan dari responden dari Malaysia. Kedua-dua penyelia pula merestuinya.
Kenapa Malaysia? Entahla... Saja nak ambil kesempatan untuk balik ke Malaysia secara percuma agaknya...
Antara sebab yang utama ialah, setiap pelajar PhD di ECU diberikan dana penyelidikan sebanyak AUD3,000 (bergantung kepada fakulti) untuk membantu penyelidikan mereka. Kalau ditukarkan ke RM, memang besar jumlahnya. Sebahagian dari dana itu telah saya gunakan semasa menghadiri Doctoral Colloquium di Shah Alam dahulu serta juga untuk belanja persediaan pengumpulan data saya (kertas soalselidik, stem, belanja pos dsbnya).
Masih ada banyak bakinya lagi. Saya fikir mungkin boleh digunakan sedikit untuk penyertaan ke konferen ini. Selebihnya pula, saya memang berkira-kira untuk menghadiri pembentangan di luar Malaysia nanti. Tengoklah kalau ada rezeki, samada di Australia (di luar WA) atau New Zealand.
Sementara ini, segala persiapan telah disempurnakan (slide pembentangan, artikel, tempahan tiket kapalterbang dan hotel). Hanya tinggal cek bagi bayaran yuran penyertaan saja lagi yang masih belum dibuat.
Jadual pembentangan telah pun diterima dari penganjur semalam. Ramai juga para pembentangan luar negara yang datang. Saya pula dijadualkan pada sesi pagi pada hari kedua.
Ada la peluang berjalan puas-puas di bandar Kuching nanti. Apa yang patut dibeli ya?

Salam Syah.
ReplyDeleteSelamat membentang. Semoga dipermudahkan oleh Allah.