The PhD journey has ended... : (

Tuesday, June 8, 2010

This is very good...

Dalam satu sesi ceramah yang pernah saya hadiri berkenaan pengalaman belajar di peringkat phd, penceramah itu ada mengatakan bahawa, dalam tempoh pengajian, seseorang pelajar itu sebenarnya akan melalui satu tempoh yang amat sunyi dan sentiasa berkeseorangan. Kata beliau, ini kerana hanya anda sahaja yang tahu tentang apa yang sebenarnya ingin anda lakukan/selidiki.

Benar juga kata-katanya. Topik phd yang kita pilih seharusnya berlainan/berbeza/unik/memberi sumbangan kepada bidang yang ingin kita kaji. Ini memaksa pelajar tersebut mencari-cari atau lebih tepat lagi TERCARI-CARI SENDIRI jawapan bagi persoalan asas seperti: mengapa?, kenapa?, bagaimana?, apa bezanya?, apakah ianya itu?, signifikannya? abih tu?... dan pelbagai lagi.

Dan ternyata amat benar juga kata-katanya, kerana keadaan yang sama juga sedang saya alami! SUNYI!!!(biarpun saya ada blog, facebook, email, ipod, iphone dan akan datang ipad...)

Namun hari ini, bila saya menerima email dari penyelia dan dengan pembuka bicara beliau mengatakan, "This is very good." (sebagai balasan kepada permintaan untuk beliau menyemak draf bab yang terbaru), ianya ternyata sangat melegakan!!!!

Harap-harapnya, begitu la juga jawapan yang bakal saya terima dari 3 penilai yang menyemak thesis saya akan datang.

Hanya tinggal 1/3 sahaja lagi baki pengajian. Yang nyata, selama tempoh itu, keadaan akan menjadi semakin sunyi dan sangat-sangat menyeramkan...

Semoga Allah permudahkan segala urusan pengajian kami berdua.

2 comments:

  1. Shahrul,

    keep it up...


    -balkish-

    ReplyDelete
  2. Indeed, very good work Bro!

    hp
    ex-merriwa

    ReplyDelete