Semalam email pada Prof Smith draf bab terbaru.
Hari ni dia balas, "Where are Chapters X & X? Under preparation?".
Ishh dia ni.... 2 bab tu dah berbulan lepas dah hantar, siap dapat komen bertulis dari dia lagi, pun boleh lupa?? Ni mesti kes ramai supervisee la ni.
Terusss balas email dia, sambil kepilkan salinan email dia yang lepas yang mengesahkan dia telah menerima softcopy bab tersebut serta salinan email dia yang memberi komen ringkas terhadap bab tu setelah habis disemaknya.
Tu pentingnya, disimpan semua bentuk komunikasi kita dengan penyelia kita serta apa jua bentuk sofcopy yang berkaitan dengan pengajian PhD kita ni.
Tapi, Prof Smith ni kerja dia pantas. Kalau bagi draf untuk semakan, memang pantas disemaknya. Dalam email awal tadi, dia balas,
"I can let you have an annotated Chapter X next Tuesday. Lots of small changes - and a few lengthy, clumsy sentences that need rewriting. Content generally OK - except in two regards, ... bla..bla... "
Next step, mahu kasi tambah apa-apa yang patut, kasi betul mana-mana yang salah, kasi polish bagi kilat, kasi tambah lemak, masin, masam, manis pada mana-mana items, sections mana yang patut. Kasi belen kiri dan kanan, depan dan belakang...
Kira mahu kasi oomppphhh sama dia!!!
Yessszaaaa!!!!
p/s: Disclaimer: 3 perenggan terakhir itu hanya mahu kasi perangat saja.. Banyak lagi nak kena buat niii.. ish.... ishh...... ishhhhhhhh................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Salam Syah, banyaknya chapter. Dah sampai chapter X. Tinggal Y dan Z aja tu.
ReplyDeleteSalam Syah.
ReplyDeleteSeronoknya dengar cerita kawan2 yang dah nak siap tesis nih, jealous betul...
In my case, s/visor kata, saya sibuk, belum sempat baca lagi, nantilah tunggu you habis semua tesis baru I baca dan semak...
Hanya kepada ALLAH kita berserah, TAWAKAL je lah...
Salam En Halim dan Hisham. Terima kasih atas ingatan!
ReplyDeleteMana siap lagi... Chapters setakat 2, 3 pages ajer. Banyak lagi nak kena betulkan ni.
Semoga usaha kita semua dipermudahkanNya...