The PhD journey has ended... : (

Monday, April 19, 2010

MyPSA WA


Malaysian Postgraduate Student Association Western Australia (MyPSA-WA) telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 April 2009 di mesyuarat agungnya yang pertama. Ianya bermula secara tidak rasmi pada tahun 2008 dengan jaringan yahoogroups bagi menyatukan seluruh warga pasca siswazah (serta pasangan mereka) yang melanjutkan pengajian samada di peringkat Master ataupun Doktor Falsafah di universiti-universiti sekitar WA ini.


Tujuan utama penubuhan MyPSA ini adalah untuk menjaga kebajikan serta merapatkan silaturrahim sesama pelajar (dan pasangan) melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Penubuhan persatuan pelajar ini mendapat sokongan penuh Konsulat Malaysia di Perth serta Malaysian Students Department Australia (MSDA) yang berpejabat di Sydney.

Bagi tahun kedua penubuhannya (April 2009) , saya telah dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif (4 orang - yang dipilih secara undi pada mesyuarat agungnya yang pertama) sebagai Wakil ECU bagi sesi 2009/2010. Keanggotaan jawatankuasa adalah seramai 15 orang kesemuanya dan terdiri dari pelbagai latarbelakang pengajian dan universiti termasuk mereka yang juga merupakan pasangan kepada pelajar.


Selama setahun keanggotaan saya di dalam jawatankuasa ini, membolehkan saya untuk meluaskan kenalan disamping memahami permasalahan yang sering timbul serta berbincang dan bersama-sama membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sesungguhnya ianya merupakan satu lagi pengalaman yang amat berharga kerana bukan sahaja diberi peluang untuk bersama menyumbang idea dan tenaga, malah gembira kerana ahli-ahli jawatankuasanya merupakan mereka yang sangat-sangat berkaliber, ikhlas dan bersungguh dalam memberikan apa sahaja bentuk bantuan kepada ahli-ahli MyPSA yang memerlukan.

Usaha yang kami dukung ini turut mendapat pujian dari pihak Konsulat Malaysia di Perth dan juga pegawai MSDA Sydney yang disuarakan oleh mereka sendiri di dalam ucapan pembukaan ketika mesyuarat agung MyPSA WA yang kedua pada 17 April 2010 yang lepas.

Kini, barisan pimpinan baru MyPSA WA sesi 2010/2011 telah pun dibentuk. Tahniah kepada mereka yang telah memenangi undian ahli MyPSA. Selamat bertugas kepada semua yang dilantik. Semoga mereka memahami halatuju MyPSA ini dan dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.
"Bersama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"
Syahrul Ahmar Ahmad
AJK MyPSA WA Sesi 2009/2010
Wakil Edith Cowan University

No comments:

Post a Comment