Umumnya ia adalah singkatan bagi Western Australia.
Namun, bagi masyarakat di sini mereka mengaitkannya sebagai bermaksud Wait Awhile. Ini kerana kebanyakan perkhidmatan yang diberikan di negara Australia ini tidak dapat dinikmati dengan serta-merta. Tiga contoh yang ketara saya kongsikan di sini.
Pertama:
Apabila tiba sahaja di sini, perkara pertama sekali yang harus dilakukan ialah membuka akaun bank. Selesai urusan di bank, anda perlu tunggu dalam masa lima hari untuk menunggu kad bank anda dan tambahan 3 hari lagi untuk mendapatkan nombor pin bagi kad anda pula.
Kad bank dan nombor pin tersebut akan diserahkan melalui surat ke alamat kediaman anda. Yang saya perhatikan, kebaikan dari sistem ini ialah terdapat pembahagian tugasan (segregation of duties) dari jabatan yang memberikan kelulusan, serahan kad bank serta serahan nombor pin bagi akaun bank. Jadi keselamatan maklumat perbankan anda boleh dikatakan terjamin.
Kedua:
Sekiranya anda ingin berjumpa doktor, anda harus membuat temujanji terlebih dahulu. Bak kata kalau demam pun boleh baik la kalau nak tunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya ada kes kecemasan, teruslah ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Kalau setakat demam, pun tak guna berjumpa doktor..mereka akan bagi panadol sahaja. Lebih baik beli di farmasi. Lebih murah dan menjimatkan daripada membayar kos konsultansi doktor. Pernah seorang rakan (HP) berlawak, "kat sini engkau kalau nak mati pun, kena wait awhile dulu.."
Ketiga:
Apabila tiba masanya untuk servis kenderaan, juga anda harus membuat temujanji terlebih dahulu. Nyatakan jenis kenderaan anda dan jenis servis yang anda inginkan.Di sini terdapat banyak pusat servis kenderaan yang berdaftar. Pusat ini bukan sahaja boleh memberikan perkhidmatan servis untuk pelbagai jenis kereta lama macam saya ni (anak saya kata: keta BUGHOKKK!! - dah biasa hidup mewah mcm tu laa...), malahan juga boleh memberikan perkhidmatan servis untuk kereta-kereta baru di samping memberi jaminan yang servis tersebut tidak akan menjejaskan waranti kereta baru tersebut. Pendek kata, kalau beli kereta Mercedes baru, nak jimat duit - hantarlah ke pusat servis tersebut daripada ke pusat servis Mercedes.
Pusat itu juga sedia memberikan waranti bagi pelbagi alatganti yang telah ditukarkan. Tapi, awas walaupun kos alat gantinya boleh la tahan, upah buruhnya TINGGI.. Ialah semuanya dilakukan oleh rakyat mereka sendiri, mana ada pekerja Indon ka Bangla ka..
Kebaikan di sini ialah mereka bukan sahaja hanya memberikan perkhidmatan servis, malahan turut membuat pemeriksaan ke atas kenderaan anda (100 point checklist). Selesai servis, pusat tersebut akan mengeluarkan lapuran keadaan kereta anda. Ini adalah untuk rujukan anda dan mereka juga sekiranya kita mendapatkan servis di tempat yang sama pada masa akan datang. Hos radiator lama dan perlu diganti, tayar perlu diimbang, suspension kereta lemah, skru berkarat dan sebagainya adalah antara lapuran untuk kereta saya.
Terpulang kepada kita samada ingin menukarkannya pada servis akan datang atau tidak. Senang aje perkiraan saya, asal boleh jalan...SUDAHHH..Tapi kalau berlaku kerosakan, kosnya adalah lagi besar. Dah la kereta ni tak ada beg udara, ABS, EBD, Traction control, bla...bla... Bak kata Nabil, "lu pikir sendiri laa..."
Kesimpulannya:
Lain padang, lain belalang. Bagi saya sendiri "Grass is not always greener on the other side". Maksudnya, tak payah lah kita nak bermegah dan berbangga dengan kehebatan negara maju seperti di Australia ni. Ekonomi kelas pertama, tapi perkhidmatan mungkin di kelas kedua. Perangai tak payah cerita laa.. Masa kecik aje kita tengok baik, bersopan, dah besau, jadi pemabuk, setan..(Tak percaya..mehla datang sini..)
Ehh kejap...japp... apa kena cerita di atas dengan perangai orang putih kat sini niii??? Sahih aku dah mabuk artikel dahhh!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Syah.. timbalah pengalaman di negeri orang.. peluang yang Allah beri tidak semua yang dapat.. semoga terus berjaya.. jangan le nak hantuk kepala kat dinding lak.. he he.. salam pd semua ya.. mis u all
ReplyDeleteHa...ha..ha, Syah ko macam terkena jer beb! Selamat Tahun Baru...
ReplyDeleteSalam Syah..
ReplyDeleteMabuk artikel? hehe... Apapun selamat tahun baru 1430 dan 2009. Semoga tahun baru menjanjikan sesuatu.
Happy New Year 1430 & 2009!!
ReplyDeletesemoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya..amin..
p/s:cumelnye princesses en. syahrul ni yah..mesti bertambah putih melepak duk kat sane..ngeheee..