The PhD journey has ended... : (

Monday, December 22, 2008

Mentor [II]

Dr Sandra Pereira dan Dr Greg Maguire merupakan kakitangan Research and Higher Degree di ECU ini. Tugas mereka adalah membantu pelajar-pelajar pra graduat dalam penyediaan penulisan thesis mereka.

Sandra adalah seorang Research Consultant yang berkemahiran di dalam bidang statistik manakala Greg pula ialah Academic Writing Consultant yang boleh membantu dalam pengeditan penulisan thesis dan artikel untuk penerbitan.

Saya telah berjumpa dengan kedua-duanya dan nyata mereka amat senang membantu dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan mereka.

Selain bantuan dari penyelia utama dan kedua, Charlie dan kini Sandra dan Greg pula, saya sebenarnya tidak bersendirian dalam pengajian PhD ini!!

1 comment:

  1. Bertuah belajar kat sana. Semuanya nampak sungguh mudah dan terurus. Semoga berjaya!

    ReplyDelete